FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Isu Penurunan Penarafan Kredit Oleh Fitch Rating

Isu Penurunan Penarafan Kredit Oleh Fitch Rating

Isu penurunan penarafan kredit oleh Fitch Rating.

Pada hari Jumaat lalu, negara dikejutkan dgn berita Fitch Rating yang menurunkan penarafan kredit bagi kerajaan Malaysia daripada A- kepada BBB+.

Ramai sahabat dari media arus perdana yg bertanya berkenaan hal ini. Tak kurang juga dari sahabat2 yang lain. Hakikatnya, ia bukanlah sesuatu yg terlalu memeranjatkan kerana Fitch Rating ini telah pun menyemak semula tinjauan penarafan (rating outlook) pada bulan April yg lalu daripada Stabil kepada Negatif. Maksudnya, kebarangkalian utk penararan itu diturunkan sememangnya ada.

Sebelum kita mengulas dgn lebih lanjut, kita harus memahami apa itu penarafan kredit. Ianya adalah suatu bentuk pendapat kredit atau credit opinion. Dalam kes ini, pendapat oleh Fitch Rating berkenaan keupayaan kerajaan Malaysia utk membayar hutang. Beberapa parameter akan digunakan seperti kemeruapan GDP (GDP volatility), imbangan pembayaran (Balance of Payment), kewangan kerajaan (fiscal position) serta tadbir urus (govvernance).

Penarafan ini pula akan digunakan oleh para pelabur terutamanya pelabur institusi asing yang melabur atau dgn kata lain membeli hutang2 kerajaan ini. Semakin tinggi penarafan itu, maka semakin kuranglah risiko mungkir atau default risk terhadap hutang2 yg dibuat oleh kerajaan dan begitulah sebaliknya. Penarafanya mengikut susunan seperti AAA, AA+, AA, AA, A+, A, A-, BBB+, BBB, BBB-, BB+, BB, BB-, B+ dan seterusnya la. Justeru ia bukanlah segala2nya dalam ekonomi apabila merangka dasar.

Namun, ia perkara yg penting utk diambilkira bagi merangka dasar fiskal. Kalau tahun depan, kerajaan kena berbelanja dgn besar bagi menyokong ekonomi, namun tahun 2022 dan seterusnya, sekiranya pemulihan ekonomi kian rancak, maka kerajaan perlu mengemukakan strategi untuk mengurangkan defisit fiskal ini.

Jika tidak, penarafan ini boleh diturunkan lagi. Perkara ini sudah tentu akan membawa bencana ekonomi dari segi kemeruapan matawang ringgi serta pasaran modal. Justeru, penarafan ini bukanlah segala2nya tapi ia penting.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu cakna dengan perkembangan ini kerana akan datang masanya nanti kerajaan terpaksa mengambil langkah yg kurang popular seperti memperkenalkan cukai baru, rasionalisasi subsidi dan sebagainya. Tetapi bukanlah sekarang ye. Cuma kita semua perlu bersedia. Kalau berlaku, maksudnya ekonomi sudah berada dilandasan yg baik. Ia seumpama ubat.

Pakej rangsangan ekonomi dan belanjawan mengembang (expansionary budget), ini semua adalah ‘ubat’ utk memulihkan ekonomi. Kalau dah sihat, takkan nak makan ubat lagi kan? Lain pulak jadinya nanti. Jadi besok ni, kita tgk la apa akan jadi pada ringgit, pasaran bon dan saham.

Sekian, terima kasih.

kredit : Mohd Azfanizam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat