Jaga jaga Perangkap Ejen

Jaga jaga Perangkap Ejen

Satu benda je kena ingat.

Ejen ASBF tetap akan cakap ASBF menguntungkan setiap tahun.

Ejen takaful pula akan sambung, “Carum dan melaburlah dalam takaful. Lebih menguntungkan.”

Ejen emas masuk cakap harga emas akan naik mencanak tahun depan.

Ejen hartanah kekal dengan ayat, “Beli rumah takkan pernah rugi.”

Ingatlah yang duit KWSP nak masuk dah. Jadi kita kena hadap perang antara ejen.

Semua akan claim produk mereka yang terbaik untuk semua keadaan.

“Bila masa sesuai beli emas/rumah/ASB/Norwex/takaful?”

Ini skrip mereka, “Masa terbaik 10 tahun lepas. Masa kedua terbaik adalah hari ini.”

Dan peganglah kata-kata mamat ini, “Kalau kau tanya tukang gunting rambut sama ada perlu ke tak rambut kau kena gunting, mereka akan kata WAJIB!”

kredit : Azree Hanafiah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat