FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Jangan Buanng Duit Rosak

Jangan Buanng Duit Rosak

APA PERLU BUAT JIKA DAPAT DUIT ROSAK?

Situasi:

Azman ke kedai untuk membeli nasi. Ketika hendak membayar, Azman menghulurkan duit RM 10 kepada peniaga tersebut. Peniaga tersebut tidak menerima duit Azman kerana duit RM10 Azman terkoyak sedikit. Azman kaget kerana beliau hanya membawa sekeping duit RM10 itu sahaja bersama beliau. Boleh ke peniaga tak terima duit koyak tersebut?

Jawapan:

Di sisi undang-undang, wang yang diberikan oleh Azman sebenarnya masih sah dan boleh diguna pakai walaupun koyak atau rosak.

Oleh itu, peniaga tersebut sepatutnya tidak boleh menolak duit yang diberikan oleh Azman, jika kerosakan adalah kecil.

WANG KERTAS YANG KOYAK ATAU ROSAK MASIH ADA NILAI

Untuk pengetahuan semua, wang kertas yang rosak ataupun koyak sebenarnya masih mempunyai nilai dan boleh ditebus semula di bank.

Contoh jenis kerosakan wang kertas:

a. Kotor atau lusuh
b. Struktur wang kertas sudah lembik
c. Renyuk
d. Koyak
e. Berlubang
f. Terbakar
g. Dimakan anai-anai
h. Luntur warna

PROSEDUR TUKAR WANG KERTAS ROSAK

1. Bawa wang rosak tersebut ke bank.

Jika kerosakan biasa, boleh bawa ke mana-mana bank. Namun, jika kerosakan adalah teruk, wang tersebut perlu dibawa ke Bank Negara Malaysia (BNM).

2. Pihak bank akan nilai tahap kerosakan duit

3. Selesai proses penukaran wang, anda akan terima duit baru berdasarkan nilai kerosakan wang tersebut.

KATEGORI NILAI PENEBUSAN WANG KERTAS CACAT

1. Wang kertas yang masih ada sekurang-kurangnya 2/3 dari saiz asal – nilai penuh akan diberikan.

2. Wang kertas yang masih ada melebihi ½ tetapi kurang dari 2/3 dari saiz asal – nilai separuh akan diberikan

3. Wang kertas yang masih ada kurang dari ½ dari saiz asal – tiada nilai akan diberikan

Bagaimana pula kalau wang kertas tu ada kesan contengan?

Nilai penuh akan diberikan jika kesan contengan itu hanya sedikit.

Jika ada contengan di potret Yang DiPertuan Agong, atau contengan slogan politik atau sebagai pad tulisan, wang kertas itu tidak akan diberikan apa-apa nilai.

Oleh itu, jika kita memperoleh wang kertas yang cacat, tengok dulu sama ada kecacatan tersebut banyak atau tidak, jangan terus dibuang.

Jika hanya kecacatan kecil, boleh ditukar semula di bank dan kita akan dapat balik nilai duit tersebut.

Jika ada peniaga yang enggan menerima wang kertas yang mempunyai kecacatan kecil, boleh terangkan perkara ini kepada mereka. Jika peniaga enggan juga, boleh tukar guna wang kertas lain yang elok, jika ada.

Semoga bermanfaat kepada orang awam.

**Watak yang digunakan di atas hanyalah rekaan semata-mata tanpa merujuk kepada mana-mana individu

Kredit: Jom Tanya Peguam

***

Join group ‘PEGUAM & PENGGUNA MALAYSIA (PPM)’ jika anda mempunyai persoalan berkaitan hak dan undang-undang atau mencari penyelesaian kepada masalah yang anda hadapi. This is No.1 legal support group in Malaysia!

Click to join now!👇🏻
https://www.facebook.com/groups/332053270624408/

Subscribe to our Youtube channel 📺
https://www.youtube.com/channel/UCcaRJOZOn47_JQDsfE8pE7A

Visit our website 🌐
JUMPAKATMAHKAMAH.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat