FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Jangan Jadi Guarantor VW

Ada budak muda gaji RM1300 nak beli VW. Katanya mampu bayar RM500 sebulan. Dia minta kakaknya jadi guarantor.

Pesanan ikhlas saya.

“Bila orang bank tu minta guarantor maksudnya orang bank tu dah tahu, awak tak mampu bayar.”

Kereta nak bergerak perlukan minyak. Kalau VW 1.6 minyak Ron95 full tank RM85 kalau bawa laju kejap je dia pergi. Paling lama pun 3 hari. Ron97 full tank RM130. Ini kalau bawa highway pun paling lama 5-6 hari. Tengok cara pecut.

So kalau hari-hari naik kereta duit minyak sahaja dah 300-500 sebulan.

Pastu service. Nak ceritalah sikit kat adik. VW, BMW, Merc semua orang mampu pakai, yang tak mampu time nak bayar service dia dik. Haha

Memang VW service setiap 15,000. Tapi tiap kali service kalau tak ada RM800 tak payah gi masuk service center adik. Cermin depan dia je nak ganti RM4000, side mirror pun RM1200. Pastu kan dik gearbox tu paling mahal sekali lah antara kereta import yang lain.

Nasihat akak, janganlah susahkan kakak adik. Kesian dia ada anak 5. Awak kalau tak mampu bayar, kakak awak yang jadi mangsa.

Pada semua nasihat saya janganlah baik hati sangat jadi guarantor. Dah banyak sangat kes guarantor di tindas oleh pemungut hutang. Last-last dia sendiri tak boleh nak buat loan.

Kalau yang buat pinjaman pendidikan guna nama pakcik ke sedara ke adik beradik untuk belajar kalau tak bayar anak-anak guarantor tak boleh buat pinjaman. Bukankah menganiaya orang namanya tu.

Fikirlah adik. RM1300 kalau duduk bandar memang seeloknya pakai motor. Berjimat dahulu. Bilik sahaja pun dah RM400. Mana nak cekau duit nak makan nanti?

Lagi satu sebelum terlupa. Kalau duduk KL, tol kena bayar. Lainlah kalau hang rasa sanggup cari jalan tak dak tol hehe.

Satu hari dekat KL tol sahaja boleh cecah RM15. Itu belum pusing-pusing kotaraya.

Ada lagi satu parking! Aish. Satu hari parking RM7-10. Kiralah kalau kerja 5 hari seminggu. Nak Kak Ija buat table ke?

Bukan nak dowgrade orang gaji RM1300 tak boleh pakai kereta import. Boleh pakai silakan, tapi ia memang satu keputusan yang sangat pendek akal lah nak sebut dalam bahasa baiknya.

Monthly RM500
Minyak RM300
Service RM200 x (7-8 bulan kena save duit)
Toll RM300
Parking RM400
Total : 1700

Edited version. Hang jangan lupa tambah untuk roadtax & insurans. VW RM1800-2000 dia punya total. Hang kenalah menyimpan RM170 sebulan atleast. Pastu pastikan ada duit kecemasan untuk benda-benda macam tayar pecah, bateri habis atau tertinggal kunci dalam kereta. Hahaha.

Hat tu pun RM250 sekali bukak. Hahahahah.

So total sebenar 1700+ 170 + 100 = 1970. Sohih dah kiraaan ni tau. Kalau hang duduk Johor or Penang maybe kiraan dia lagi tinggi. Sebab plat J & P memang kerjanya nak racing je. Hahhaha

Ini baru kereta dik. Hang nak makan lagi, nak bayar bil hp, nak bayar bil netflix, nak keluar dengan gf lagi. Ke gf hang yang bayar tiap kali keluar?

Hahaha. Moral of the story.

“Bukan jangan beli kereta, tapi jangan jadi guarantor!”

Ija Juhari
Saya Pakai Baju Tak Pakai VW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat