FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Jangan Kecam Guru

Musim pdpr kita desak cikgu untuk sentiasa bekerja memenuhi keperluan pembelajaran anak-anak kita. Ada saja komplen kita. Ada yang kata cikgu tak bagi cukup kerja sekolah, ada yang kata banyak sangat kerja sekolah. Ada yang puji, tak sedikit juga yang dimaki.

Sekarang sekolah dah buka, kita desak cuti sekolah dimansuhkan pula, supaya anak-anak kita dapat teruskan pembelajaran bersemuka. Tak cukup belajar dulu, katanya.

Kalian ini dah kenapa? Apa kalian ingat para cikgu tiada keluarga untuk disantuni, tiada kehidupan peribadi untuk dinikmati, tiada urusan di luar rumah untuk dikemudi? Musim pdpr bekerja, musim cuti sekolah pun disuruh bekerja.

Dah, tak payahlah nak tunjuk cerdik bagi hujah “syukurlah masih ada kerja, orang lain banyak hilang kerja”. Hujah itu tak relevan dalam keadaan ini. Atau jangan pula dibandingkan dengan para ‘frontliners’, semuanya berbeza latar kelebihan dan skop kerjanya.

Kita semua nak anak kita cukup pelajarannya, tapi pada masa yang sama kita juga harus memikirkan kebajikan cikgu-cikgu yang sentiasa bersedia dalam mod robot yang terprogram.

Namun, saya bukan nak kuduskan cikgu, sebab dalam cikgu pun tak kurang juga ada yang masuk angin, keluar asap.

Saya sedia dikecam. Silakan…

-Sahul HM-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat