FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Jangan Silap Banding Media Sosial

Konfiden yang silap

Kapal terbang membawa penumpang dari titik A ke titik B. Basikal juga membawa penunggangnya dari titik A ke titik B. Adakah ini bermakna jika kita boleh menunggang basikal, kita mampu membawa kapal terbang?

Bila kita silap banding, kita akan membuat rumusan yang tidak tepat. Tahu dua tiga bab berkenaan sesuatu perkara tidak semestinya membuatkan kita tahu dan mampu menguasai perkara-perkara lain yang pada asasnya nampak macam serupa dan berkaitan.

Di era media sosial ini kita mudah terperangkap di dalam kesilapan memasuki ruang yang mana kita mungkin tidak mempunyai maklumat atau pun pengetahuan yang cukup. Jadi, kenalah berhati-hati ya.

Malah di dalam Surah Al Hujurat ayat 12, Allah memberi peringatan kepada kita berkenaan prasangka dan ghibah:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱجْتَنِبُوا۟ كَثِيرًا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ ٱلظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا۟ وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing(يَغْتَب) sebagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat, Maha Penyayang.

Menurut Pusat Rujukan Bahasa Melayu, “menggunjing” atau ghibah tu bermaksud “memfitnah, mengumpat, mengata-mengatai”.

Berhati-hatilah di media sosial kerana Islam amat mementingkan persaudaraan di kalangan umatnya. Jangan pecut lebih dari apa yang kita tahu dan mampu 🤗

Boleh rujuk penjelasan dari Mufti Wilayah Persekutuan ini berkenaan perkara di atas
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/3154-irsyad-al-hadith-siri-ke-346-mengumpat-yang-dibenarkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat