Janji Ditepati: Sekadar Retorik Politik ?

Janji Ditepati: Sekadar Retorik Politik ?

Salam sejahtera semua. Saya terpanggil untuk menasihatka diri sendiri dan kawan kawan sana tentang janji ditepati ini. Kalau sekali baca, rasanya tentu kata ini gimik politik dan sebagainya. Tapi, adakah anda semua sedar , yang benda ini sesuatu yang dituntut dalam Islam ? Ianya  penting bagi kita, terutamanya warga peniaga yang berjaya untuk mengotakan janji kita kepada pelanggan. Selalunya sesuatu syarikat itu tentu berkata kepada pelanggannya “perkhidmatan yang terbaik untuk anda”, “best services in town” dan sebagainya. Adakah itu satu contoh janji atau semata-mata untuk promosi produk ?
janji atau sekadar promosi
Adakah Slogan itu Janji atau semata mata Promosi ?

Khidmat Penghantara dan Pengeposan

Dalam business internet ini, kita tidak boleh lari dari janji kepada pelanggan yang telah menempah produk pilihan mereka. Kita pula selalu berkata kepada pelanggan yang barang akan sampai dalam waktu sekian-sekian. Adakalanya barang itu cepat sampai. Ada juga yang sampai tepat pada masanya. Tak kurang juga yang komplen kata barang mereka lambat sampai. Kita pula selalunya mencari helah dan menyalahkan perkhidmatan kurier yang mengalami masalah penghantaran, alamat susah dan sebagainya. Jadi adakah kita telah memungkiri janji kepada pelanggan kita kerana barang lambat sampai ?

Komisyen Jualan: Perlunya Black& White

Biasanya  kita ini memberikan promosi dan menolong kawan-kawan kita untuk menjual barangan mereka. Contoh yang paling menguntungkan ialah menjadi introducer dalam menjual rumah. Biasanya nak tolong tolong begitu sahaja, selepas itu bila rumah terjual, kita tak dapat komisyen. Di sini pentingnya perjanjian bertulis, jika anda inginkan sedikit bayaran dari hasil jualan rumah tersebut. Jika tiada perjanjian tersebut, nampaknya halalkan sahaja duit tersebut, walaupun anda yang mengenalkan pembeli kepada penjual rumah tersebut. 

Isu Pembantu Rumah

Sering terjadi , dan banyak kali episod pembantu rumah lari dari majikan. Walaupun mereka pada mulanya berkata akan berkhidmat dengan baik, tetapi beberapa faktor luar yang menggangu menyebabkan mereka lari dari tuan rumah mereka. Mungkin juga mereka mendapat tawaran yang lebih baik dari pihak lain yang tidak bertanggungjawab. Ramai juga sekarang ini yang serik mengambil pembantu rumah kerana isu pembantu rumah yang lari.

Janji Ditepati

Sebelum mengundurkan diri, saya ingin meminta maaf jika beberapa janji saya kepada keluarga, dan diluar sana tidak ditepati. Saya  pun tidak suka perkara ini. Oleh itu saya  sedar atas kelemahan saya dan ingin memohon seribu kemaafan kerana tidak menunaikan janji saya itu. 

0 comments on “Janji Ditepati: Sekadar Retorik Politik ?Add yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge