jdt juara

JDT Juara Piala Malaysia, Juara Rakyat Pulau Pinang

JDT Juara, itu je nak cakap, depa menang bola piala malaysia lawan kedah, habis geng geng badrol bakhtiar kena bantai 2-0.

Tapi paling power sebenarnya bila hadiah duit piala malaysia, bagi ke rakyat pulau pinang sebagai tanda sokongan musibah banjir, itulah juara rakyat pulau pinang, juara di hati rakyat.

JUARA PIALA MALAYSIA

Kalau nak cerita pasal game haritu, aku nampak kali ni jurulatih JDT memang buat kerja sungguh-sungguh untuk game final kali ini.

Nampak sangat satu benda yang mereka buat ialah macam mana mereka nak rantai Liridon dari bebas bergerak.

Jawabnya tok jambang garry ditugaskan untuk sapu kaw kaw takel sebaik boleh pak liridon nih.

Dua tiga player akan halang gerakan liridon nih, habis kaw kena rantai, dan nampak mereka berjaya lakukan.

Nizam Adzhar pun bukanlah tak buat kerja rumah, tapi nampaklah dia macam ada lost sikit bila dah tertekan 2-0.

Badrol bakthiar pulak memang nasib mencari tiang gol, orang nak cari gol, kesian pulak kat dia.

Kedah pun ada serba tak kena, mula mula jurulatih kena “curi” dengan FAM.

Lepas tuh isu politik sana sini, gosip hangat, tapi oklah, depa dah dua piala dah, sayang tak dapat nak treble.

Safiq rahim ofcourse lah seronok dapat dakap Piala Malaysia, dapat jugak dia julang semua piala penting dalam malaysia.

Aku nak tengok mungkin satu hari nanti depa julang Piala Thomas pulak, kalahkan lindan dan rakan rakan.

jdt juara

JDT JUARA RAKYAT PULAU PINANG

Nak aku cakap lagi lepas  tuh pulak tunku aminah kata depa akan  sedekahkan semua duit kemenangan kepada mangsa banjir pulau pinang.

Yang ni memang terbaik, sukar nak dengar ada bantuan macam nih.

Memang player semua nak kemenangan, nak duit kemenangan tuh bolehlah belikan anak basikal bmx.

Tapi contoh terbaik sebagai juara, ialah menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat malaysia.

Kalau kita kaya, kita boleh bantu orang susah, tanpa kita rasa susah.

Bagus kan macam tuh ? jadi takdir Allah JDT juara kali ini, ada hikmah disebaliknya.

Supaya kita tiru apa yang baik, dan buang apa yang tak berapa baik.

Jadi tahniah semua  yang menjadi juara.

Tahniah kepada JDT !!!.

CErita tahun lepas kedah jadi juara pun aku ada tulis, hahhaa.

1 comment on “JDT Juara Piala Malaysia, Juara Rakyat Pulau PinangAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge