FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Jeffery Lang Baca Al-Quran Dulu Baru Masuk Islam

Jeffery Lang Baca Al-Quran Dulu Baru Masuk Islam

JEFFERY LANG BACA AL-QURAN DULU BARU MASUK ISLAM

Salam nuzul quran semua sambil mendengar cerita lawak golongan kayangan panau, sambil itu juga kita bercuti hari ini untuk menghayati al-quran. Bila masuk bulan puasa , cerita baca quran ini mesti baca 1 huruf dapat berganda berganda kebaikan. Itu semua orang Islam nak.

Tapi di sebelah sana, orang orang barat masuk Islam, yakin dengan Islam, yakin adanya Tuhan yang Esa bila mereka baca Al-Quran. Banyak cerita kita biasa dengar pasal nih. Contohnya cerita pasal Dr Maurice bucaile yang memeluk islam bila mengkaji ayat tentang jasad firaun. Prof Gary Miller pula memeluk islam apabila cuba melakukan Falsification Test pada quran dan bible.

Insan bernama Dr Jeffery Lang , seoarang pensyarah matematik mula tertarik dengan Islam bila dia membaca kisah kejadian manusia dalam surah al-baqarah ayat ke 30. Kisahnya bermula bila beliau dihadiahkan sebuah terjemahan al-quran. Ada suatu ketika , semasa beliau pindah ke rumah baru, beliau tak tahu apa lagi hendak di baca , majalah buku semua tak sampai lagi ke rumah beliau. Akhirnya beliau membuka al-quran yang ada di atas meja ketika itu.

Nak dijadikan cerita, beliau tertarik dengan kisah kejadian manusia. Dalam ayat ke 30 surah albaqarah,

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.

Ayat ni beliau jadi sangat terperanjat. Soalan malaikat ini sama dengan soalan beliau yang masih tak percaya tuhan itu wujud, kerana hidup beliau sebelum ini diselebungi dengan kehidupan yang tidak indah. Jadi dari ayat ini, beliau ambil inisiatif untuk baca quran ini satu persatu, satu huruf ke satu huruf, satu perkataan ke satu perkataan. Beliau nampak semua hujah beliau tentang atheism mula runtuh. Dari sini beliau yakin tuhan itu wujud, tapi masih belum mahu menerima Islam. Akhirnya pada suatu petang, beliau mengucapkan syahadah . Beliau gambarkan perasaan itu seperti air mengalir menghilangkan dahaga yang beliau rasai setelah sekian lama.

Selepas itu beliau banyak memberikan ceramah di universiti. Salah video yang best untuk ditonton ialah hakikat penciptaan manusia . Sebab apa best ? sebab kisah ini yang buat beliau mula mengkagumi Al-Quran, dan seterusnya memeluk islam. Korang boleh tonton video penuh tu di sini.

facebook.com/494026250645386/videos/1516477268400274/

Selain itu beliau ada juga menulis banyak buku hasil kajian beliau terhadap Islam. Salah satu buku yang penting ialah bertajuk ” Even Angels Ask: A Journey to Islam in America” Bagi beliau setiap kita perlu mempunyai sebab kenapa kita memilih Islam sebagai agama dan cara hidup kita. Dalam satu qoute yang menarik beliau berkata,

“Math is logical. It consists of using facts and figures to find concrete answers. That is the way my mind works, and it is frustrating when I deal with things that do not have concrete answers.” Having a mind that accepts ideas on their factual merit makes believing in a religion difficult because most religions require acceptance by faith. Islam appeals to man’s reasoning”

#NuzulQuran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat