Resepi Jemput-jemput Ikan Rebus Terengganu

Resepi Jemput-jemput Ikan Rebus Terengganu

Assalamualaikum. Breakfast apa korang hari ni? Nak share satu resepi simple tapi feveret kita dari dulu sebab mak selalu buat dulu-dulu. Tak kira untuk breakfast or tea time. Sekarang pun buat tapi dah jarang-jarang, kita plak yang ambil alih tugas masakkan untuk mak.

Jemput-Jemput Ikan Rebus Ganu

Bahan-Bahan:
• 2-3 ekor Ikan kembung/selayang rebus (ambil isi dan tumbuk)
• 3 cawan tepung gandum
• Air secukupnya
• 1 biji bawang besar (potong dadu)
• 1 biji lada besar (dimayang)
• Daun sup/daun bawang
• Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:
1. Satukan semua bahan dan masukkan air sikit-sikit.

2. Kacau sebati sehingga menjadi adunan yang kita kehendaki.

3. Goreng dalam minyak panas dengan api sederhana.

4. Siap. Boleh makan cicah dengan sos cili @ sos buat sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat