Jom Kumpul Dinar Emas

Jom Kumpul Dinar Emas

Salah satu kebaikan simpanan emas adalah jaminan nilai jangka panjang. Emas tidak mengalami susut nilai.

Naik turun harga emas berdasarkan kepada kekukuhan nilai yang ada pada wang kertas sesebuah kerajaan.

Pada tahun 2016 harga 1 dinar emas RM650 dan hari ini 1 dinar RM1104. Hakikatnya, harga emas tidak mengalami kenaikan sebaliknya duit mengalami kemerosotan nilai sejak tahun 2016 hingga 2021.

Teorinya sangat mudah, kuasa beli emas 1 dinar terbukti mampu membeli seekor kambing sejak 1400 tahun dahulu.

Pada masa sekarang, masih boleh mendapatkan seekor kambing dengan 1 dinar. Sama ada kita terus membuat belian menggunakan dinar atau mencairkan dinar kepada wang kertas.

Nisbah nilai 1 dinar dengan seekor kambing secara relatifnya tidak berubah sampai bila-bila. Ini disebabkan nilai emas terletak pada berat dan ketulenannya.

Jadi, Nampak atau tidak bagaimana kuasa beli emas jauh lebih kukuh berbanding duit kertas?

Mulakan simpanan emas pada hari ini. Bagi yang telah bermula tambah simpanan emas setiap masa sebagai simpanan yang dilupakan untuk jangka panjang.

Semoga bermanfaat.

Credit to Sifu Saifulddin Hassan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat