Juara Catur Dunia

ARREESSA ZULAIKHA JUARA CATUR DUNIA

Alhamdulillah, hari ini, arreessa dah melangkah lagi kedunia baru, ye dunia sekolah rendah. Hari ini sebagai orientasi , kenali cikgu, sekolah, dan juga hari ini ada ujian saringan menentukan kelas tahun depan. Memang dasyat sekolah sekarang, ini baru sekolah SKBA, belum lagi sekolah yang lebih mantap, berprestasi tinggi. Sampai parents kawasan arreessa kata, nak masuk sekolah seksyen 9, kena pergi interview dulu, wah dasyat betul .
juara catur

KLUSTER CATUR

Sebenarnya, pemilihan sekolah SKBA nih sebab sekolah nih dekat je dengan rumah kitorang. Tapi masa first time nak daftar arreessa, dapat tengok sekolah ni dihiasi dengan gambar gambar catur, hahah, sekali baru tahu, sekolah ni sekolah kluster kecemerlangan dalam bidang SAINS dan CATUR. Hhahaa, guru besar dia, Abdul Rasheed yang bertanggung jawab jadikan SKBA sebagai sekolah yang hebat dalam sukan Catur. Boleh dikatakan tadi guru besar kata ada pelajar yang dah sampai peringkat antarabangsa. Memang dasyat sekolah nih, siap ada poster juara catur MSSD budak perempuan.

ARREESSA BOLEH KE MAIN CATUR ?

Kalau tak ajar mana tahu betul tak ? Tetiba sebab takda idea nak buat masa cuti sekolah, why not kita train arreessa main catur, hahaha. Sebab dia kan ada sepupu dia jugak, bolehlah ajar sekali, takpun kengkawan dia yang satu sekolah tuh, hahaha, bolehkan Lydzar Rusman ? carilah masa boleh berlatih bersama, lagipun kita buatlah team catur shaklee SKBA, mana tahu, prestasi diorang ni lebih power, sebab sentiasa amalkan minyak ikan terbaik dunia . Nak jugak tengok arreessa , hadif, hana, dalam satu team catur sekolah, hahaha berangan siut.

BAGUS KE MAIN CATUR ?

Sekurang kurangnya, dia akan banyak berfikir dan sentiasa berfikir, dan kurangkan gajet yang boleh melalaikan dan melemahkan fikiran dia. Walaupun sekarang ada aplikasi terbaik nak belajar main, tapi bila dia main chess, dia kena sentiasa cergas berfikir. Lepas tuh dia akan sentiasa fikir di luar kotak, lepas tuh pulak bila dia lawan dengan ramai orang, dia akan dapat ramai kawan dan kenal ramai personaliti yang hebat. Nak jadi pemain yang hebat, dia akan berjalan jauh, main dengan orang orang yang hebat, belajar dengan orang yang lagi hebat dari dia. Dari situ dia akan belajar banyak falsafah pemikiran , dari catur sampailah kehidupan yang sangat berinspirasi.

INSPIRASI KASPAROV, ANAND, CARLSEN

Banyak pemain catur yang hebat dalam dunia. Zaman kita , tentu sekali nama Gary Kasparov yang paling power sekali. Kalau bab catur sejak zaman sekolah, kasparov ialah pemain catur paling legend. Memang kasparov, rusia yahudi boleh diangkat sebagai pemain catur paling prolifik, dan legend dalam dunia catur antarabangsa. Sampai satu tahap, Kasparov sangat berpengaruh , hinggakan dia terlibat dalam permainan catur MANUSIA lawan KOMPUTER deep blue ciptaan IBM. Kasparov sangat terkenal dan sekarang pula aktif dalam politik Rusia. 
Kalau tak suka belah belah Eropah, korang boleh tengok dan contohi gaya permainan Vishwanathan Anand, juara catur dunia dari india. Antara pemain catur asia yang ada title grand master. Saya pun tengok satu video youtube, perlawanan Kasparov vs Anand, hahaha. tahun 1995, macam mana Kasparov sangat ganas menekan psikologi Anand untuk memenangi juara dunia pada tahun tersebut.
Kalau ikut era baru catur, pemain terbaik yang ada tentu sekali Magnus Carlsen, pernah berguru dengan kasparov, dan berjaya capai title grandmaster pada umur 13 tahun, hahaha, pecahkan rekod kasparov melepasi 2800 mata, hahaha. Carlsen memang terbaik dan diakui ramai sebagai seorang yang sangat versatile, dan flexible, dan cara ini orang tak boleh nak agak apa strategi yang digunakan oleh carlsen. Carlsen sangat popular sampai ada channel youtube sendiri, ada apps sendiri, dan dia sendiri kekadang tak boleh nak kalahkan apps dia sendiri, hanya seri je, hahhaa.
Hahaha, sebab asyik cerita pasal lelaki nih, ni ada satu lagi contoh terbaik perempuan, Hou Yifan, pemain catur perempuan terbaik dari China, Hhahaha, yang ni sekarang world champion chess untuk perempuan. Tapi tengok balik, dia pernah lawan magnus carlsen, hahaha, perlawanan grandmaster lelaki dan perempuan. memang dasyat. Mungkin arreessa nanti lebih hebat, mana tahu, hahaha 

BABAH PANDAI KE MAIN CATUR ?

Hahhaha, tak tahulah macam mana nak cakap, tak pandai sangat, tapi bolehlah, sebab pengalaman dulu, masa wakil sekolah Seksyen 6, sekolaha raja muda tuh memang musuh ketat. Tapi dalam satu pertandingan mssd , berjaya jugaklah, team kitorang jadi juara, raja muda dapat nombor dua masa tuh. Our team masa tuh adalah khairul fatin, kenny, dan hazril pernah wakil malaysia, hahahha. Ingat lagi cikgu Laila dan Mrs Lee, hahhaa. Tapi masuk sekolah menengah dah jadi malas fikir, hahaha. Sekarang ni kenangan tuh tinggal piala lah,

PENDIDIKAN IALAH BERFIKIR, BUKAN SEKADAR MENGHAFAL FAKTA

Sebelum nak tamatkan penulisan nih, memang terasa sukar betul pendidikan yang akan dihadapi arreesa nanti. Kata cikgu Asmadi, macam macam style pendidikan, nak ikut eropah, korea, lepas tuh DLP, KSSR, MPR, SPR, KBBA, MRMA, KGBA, hahahah. Lagi satu pendidikan abad ke 21, hahaha. Tapi kalau kita ambil pendekatan Einstein, paling penting ialah kita berfikir, sebab maklumat dan fakta ada dihujung jari. Benda ni pun dah mention dalam Quran , kitab tuh dah ada, tapi Allah cabar lagi supaya kita berfikir melihat kejadian Alam ini.

0 comments on “Juara Catur DuniaAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge