FAIZ SAAID

Blog Orang Selangor

Kain Cindai Berasal Dari Hungary ?

Kain Cindai Berasal Dari Hungary ?

Hungary atau kini disebut sebagai Republik Hungary merupakan sebuah negara di Eropah Tengah. Negara ni tak ada pantai. Ia bersempadan dengan negara-negara lain iaitu Austria, Slovakia, Ukraine, Romania, Serbia, Croatia dan Slovenia.

Zaman dahulu, wilayah Hungary ni dikenali dengan nama Pannonia dan berada dibawah kekuasaan empayar Rom. Bila empayar Rom jatuh, macam biasalah, datang berbagai puak yang kemudian bertelagah kerana berebutkan wilayah tersebut, sebelum ia bertukar nama menjadi Kerajaan Hungary yang ditubuhkan oleh Raja Stephen 1 .

Hungary ni merupakan negara yang diasaskan oleh masyarakat Hun dari Benua Asia dan Gary dari Eropah. Negara ini merupakan satu-satunya negara yang menggabungkan tradisi timur dan barat sebagai budayanya.

Korang kenal tak si Genghis Khan, pengasas empayar Mongol yang hebat tu?

Kalau nak tahu, cucu Genghis Kan yang bernama Batu Khan pernah menakluki Hungary pada abad ke-13 dan meninggalkan selembar kain tenun ikat hidup yang dinamakan sebagai ‘CINDAI’ sebelum pulang ke Mongolia.

Kain cindai ni adalah sutera halus yang yang ditenun dengan teknik khas. Teknik tenunan benangnya tinggi setiap inci hingga menjadikan kain ini kukuh hingga mampu menahan tikaman senjata.

Para pahlawan Mongol dahulu gemar mengenakan baju sutera daripada kain cindai kerana dikatakan mampu menghalang panah daripada menembusi baju mereka. Begitulah serba sedikit kisahnya…

Leave a Reply

Open chat