Kambing Perap Mr Bowtuck Shah Alam

Kambing Perap Mr Bowtuck Shah Alam

Tahun 2006, saya ada perniagaan kecil makanan-makanan barat seperti Chicken Grilled, Lamb Chop, Sirloin Steak dsb nya. Alhamdulillah, ketika itu ada juga pengikut tegar masakan saya.

Namun, 9 tahun yang lalu, saya tinggalkan perniagaan western food saya yang beroperasi di Pelaga Park Kafe. Warga Shah Alam, saya yakin korang masih ingat restoran yang bertempat di Seksyen 13 itu.

Tiba-tiba, perasaan rindu nak meniaga datang. Nak jual baju, tak reti berfesyen. Nak jual rokok seludup, salah disisi undang-undang pulak. Jadi, saya kembali kepada produk yg saya rasakan ada sedikit ilmu walaupun tak banyak mana.

Jadi…

Dengan rendah diri, saya perkenalkan KAMBING PERAP by MR. BOWTUCK!

Resepi yang saya belajar dari seorang yang disapa sebagai Abang Mat, yang tidak lokek berkongsi resepi beliau. Dengan sedikit ‘twist’ bahan-bahan yang saya sendiri tambah untuk rasa perapan cara saya, dengan mengikut aliran zaman, dengan itu saya kembali yakin untuk mulakan perniagaan kecil-kecilan ini.

Korang hantu kambing 🐐?

Taktau nak cuba kambing perap yang mana, sebab banyak sangat dalam pasaran?

Dengan memilih KAMBING PERAP by MR. BOWTUCK, anda akan menikmati kelainan berbanding yang ada dalam pasaran sekarang

> 100% Homemade
> Diperap dengan penuh kasih & sayang
> Menggunakan bahu LAMB, bukannya MUTTON
> Tidak berbau, lembut
> Rasa KAYANGAN, harga B40

Jadi, kepada semua yang ingin kan rasa kambing perap yang sebenar, cepat laju-laju tinggalkn comment SAYA MAU atau boleh layari Instagram saya @itsmebowtuck atau WhatsApp di 0123747707

#kambingperapmrbowtuck #kambingkick

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat