Kantung Yang Bocor Rezeki Pahala Dosa

Kantung Yang Bocor Rezeki Pahala Dosa

Semasa dengar kuliah maghrib itu hari, saya tersentak dengan istilah “kantung yang bocor”. Ustaz itu bercerita dengan baik sekali dan buat saya betul-betul termenung.

Ia ada kaitan dengan rezeki dan pahala kita semua. Ini yang beliau maklumkan:

1. Kita boleh bangun tahajjud, buat solat sunat ba’diah dan qabliah, tak pernah tinggal solat sunat dhuha, namun kita memutuskan hubungan adik beradik, bermasam muka sesama ipar duai, ibu bapa mentua, anak-anak, menantu, cucu atau mana-mana ahli keluarga.

2. Kita tak pernah tinggal puasa sunat isnin khamis, puasa ramadan, puasa arafah, atau puasa-puasa yang lain, namun kita masih ketagih bersembang buruk orang (gosip), mengumpat, bergaduh mulut dan kadang-kadang menokok tambah hingga ke menipu.

3. Wanita yang memakai jubah, baju kurung, atau mana-mana yang menutup aurat dengan baik, namun kita memakai wangian hingga menyebabkan orang lelaki memandang, suka dan menarik perhatian orang yang bukan mahram.

4. Kita sangat baik kepada kawan, jiran taulan dan sesiapa yang berkunjung ke rumah kita. Kita melayan mereka dengan hemah dan tertib, namun apabila mereka pulang, kita memburukkan mereka.

5. Kita boleh menghormati majikan, mengikut kata mereka, mengurus segala kerja dengan sebaiknya, namun kita tidak boleh membantu ibu bapa yang susah di kampung, membiarkan rumah mereka rosak, tak bekalkan sedikit makanan dan langsung tidak melihat makan pakai mereka. Lebih lagi kita culas dan malas mahu membantu mereka ini di saat mereka panggil / telefon meminta bantuan kita.

6. Kita boleh berbelanja kawan makan, melepak dengan rakan sekerja, namun apabila isteri atau anak mengajak keluar, sesekali bermanja untuk dijamu juadah lain, kita memberi alasan berbagai-bagai.

7. Kita rajin membahagiakan pengemis, mereka yang datang ke meja kita sewaktu kita makan di restoran, kita layan, kita hulur berapa yang kita ada, ke masjid menunaikan solat, kita takkan pernah lupa bersedekah, namun di dalam rumah sendiri kita terlupa nak sediakan isi dapur, dan membiarkan isteri yang bekerja melakukan semua itu sendiri.

Begitulah. Semoga kita berusaha mengelak diri kita untuk tidak membocorkan kantung rezeki dan pahala kita ya kawan-kawan.

Credit : Khairul Hakimin Muhammad

Nak tips lagi terus ke sini ⤵️
https://t.me/ContentKHM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat