Kau Dah Ready Pergi Haji ?

Semalam ada melawat kawan baru balik haji, Alhamdulillah, merasalah makan kurma ajwa, best pulak, kurma ni baru aku tahu  ada gmo jugak. Nampak sangat orang islam tak berapa nak faham makanan thoyiban, zakiyah nih. Takpalah, sambil pekena teh sihat takde gula, layan pulak member dok cerita pasal haji nih.
buat haji
1. Pergi haji niatlah betul betul, jangan pergi haji tuh sebab nak jaga mak, nak jaga orang tua, sebab kerja wartawan, kerja chef dan macam-macam lagi. niat pertama, sebab betul nak buat haji.
2.Haji bukan sekadar buat je, tapi lebih kepada penghayatan dan pengharapan, pergi sana tuh, kurangkanlah handphone, dan menghayati setiap makna perbuatan haji.
3. Ujian haji ni bermula dari sebelum naik kapal terbang lagi. Hahhaa, memang mencabar, dan setiap orang lain ujian dan cabarannya.
4. Setiap benda datang dengan pakerj, kalau kau kata solat kat masjidil haram tuh 100 kali ganda kebaikan, maka cabarannya pun 100 kali ganda jugak. hhaha percaya tak ?


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

5. Kalau rasa diuji , rasa nak komplen, cepat cepatlah istigfar, taubat. Sebab akhirnya kau patut bersyukur, setiap yang berlaku ada hikmahnya, pergh kesabaran level tinggi.
6. Sebenarnya, nak tahu ibadat haji kita ni diterima ke tak bukannya masa buat, tapi selepas balik haji. Macam puasa ,solat, ibadah kita tuh akan jadi bila selepas kita buat. Macam tulah pun Allah menilai.
7. Pergi Haji ni memang kena ready dan niat, kalau kau rasa lambat, tapi kau tengok ada yang cepat, kau kena faham, maksdunya Allah tahu kau tak READY LAGI !!!
8. Aku doalah, muda muda ni dapatlah kumpul duit  pergi haji, pepahal setel hutang bank dulu, lepas tuh pelan pelan kayuh.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

0 comments on “Kau Dah Ready Pergi Haji ?Add yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge