Kejayaan Filem Harry Porter Dalam Sejarah

Kejayaan Filem Harry Porter Dalam Sejarah

Harry Potter – Siri Filem (2001-2011)

Francais Harry Potter yang dicipta penulis novel J.K. Rowling merupakan antara francais filem paling berjaya setaraf dengan francais Marvel Cinematic Universe (MCU), Star Wars dan Lord of the Rings. Harry Potter mempunyai peminat yang sangat ramai semenjak buku pertamanya dikeluarkan pada tahun 1997. Francais filem yang memfokuskan demografik kanak-kanak dan ‘young adult’ ini mendapat tempat dikalangan peminat seluruh dunia dan menjadi antara budaya popular di zaman kini.

Berikut adalah antara info tentang kehebatan francais filem ini:

– Francais ini telah mengumpul sebanyak USD7.7 Billion seluruh dunia dengan bajet terkumpul sebanyak USD1.155 Billion.

– Ini menjadikan francais ini berada di tempat ketiga sebagai siri filem dengan kutipan tertinggi di belakang siri filem MCU dan Star Wars.

– Filem Harry Potter & the Deathly Hallows Part 2 mendapat tempat ke-13 dalam senarai filem kutipan tinggi di dunia.

– Kesemua filem Harry Potter mendapat rating ‘fresh’ dari Rotten Tomatoes dengan peratusan atas 70%.

– Kesemua filem ini juga mendapat ‘score’ A ke atas dari Cinemascore.

– Ini menjadikan francais Harry Potter antara francais yang mendapat pengiktirafan dari sudut ‘critically’ dan ‘commercially’.

– Sekalipun mendapat pengiktirafan tersebut, francais ini tidak pernah memenangi sebarang anugerah di Academy Awards (Oscar), tetapi masih mendapat 12 pencalonan.

– Francais ini kemudian diluaskan lagi dengan kemunculan filem prequel, Fantastic Beasts and Where To Find Them sekaligus mewujudkan dunia Wizarding World.

Apa yang menarik tentang francais ini adalah ianya melalui proses evolusi yang mendadak dari filem pertama hingga terakhir. Kebanyakkan audiens dan peminat filem ini juga membesar bersama-sama dan melalui satu pengalaman sinematik yang jarang didapati. Tidak seperti francais Lord of the Rings, francais Harry Potter kelihatan sangat berbeza antara satu sama lain kerana menggunakan pengarah yang berbeza-beza. Manakala LotR menggunakan pengarah yang sama dan proses produksinya dilakukan serentak.

Francais ini telah diarahkan oleh sebanyak 4 orang pengarah secara keseluruhan iaitu Chris Columbus, Alfonso Cuaron, Mike Newell dan David Yates. Menurut pendapat aku, filem Harry Potter and the Prisoner of Azkaban adalah sebuah filem yang menunjukkan identiti pengarah filem tersebut, Alfonso Cuaron. Beliau membikin filem itu sebagai sebuah filem ala ‘stand alone’ dengan menggunakan babak-babak dan sekuens yang lucu tetapi ada elemen ‘gothic’ sedikit. Dalam filem itu jugalah bermulanya tema ‘dark and gritty’ yang mengubah lanskap francais ini.

Tetapi tak boleh dinafikan antara pengarah-pengarah ini, Chris Columbus adalah yang paling berjaya menterjemahkan novel ke layar perak dengan berjaya. Filem Harry Potter and the Chamber of Secrets mendapat pujian yang tinggi dengan adaptasi dari novel yang cukup bagus. Mike Newell pula menghadapi sedikit kesukaran untuk filem Harry Potter and the Goblet of Fire apabila ingin mengadaptasi novel dengan jumlah halaman buku yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan tiga novel sebelumnya. Itulah sebabnya jika dilihatkan hubung-kait antara filem keempat dengan filem kelima iaitu Harry Potter and the Order of Phoenix kelihatan agak longgar. Banyak info-info tidak dapat dimasukkan dalam filem keempat dan menjadikan filem kelima nampak goyah dengan plot penceritaan.

Manakala filem keenam pula iaitu Harry Potter and the Half-Blood Prince memang seronok ditonton, tetapi sayangnya dibazirkan dengan info-info yang kurang berguna dan mengenepikan info yang kritikal untuk filem Harry Potter and the Deathly Hallows. David Yates merupakan pengarah filem Harry Potter paling aku kurang gemar atas sebab adaptasi yang tidak begitu konkrit. Ada sesetengah babak dalam filem keenam yang boleh digantikan dengan babak yang lebih berguna supaya kesinambungan untuk filem ketujuh akan lebih difahami.

Sekalipun terdapat pendapat yang bercampur aduk dikalangan pembaca novel, tetap tidak dinafikan francais Harry Potter ini masih mendapat tempat dan sambutan yang memberangsangkan. Malahan J.K. Rowling sendiri bersetuju sekiranya ada beberapa perkara yang diubah untuk mendapatkan kesesuaian filem. Francais ini juga sangat popular dikalangan bukan pembaca novel dan ini antara salah satu sebab kenapa francais ini cukup popular. Sebut sahaja nama Harry Potter, Ron Weasley, Hermione Granger, Hogwarts, Draco Malfoy, Dumbledore, Snape, pasti ramai yang akan kenal.

Agak sedih juga bila francais ini tamat pada tahun 2011, tetapi dengan pengalaman dan perjalanan yang menarik sepanjang francais, membuatkan kita tidak teragak-agak untuk melakukan marathon francais ini sesekali. Harry Potter sehingga kini kekal sebagai antara francais filem yang berjaya.

Rating Peribadi:

Harry Potter and the Sorcerer’s Stone – 4/5
Harry Potter and the Chamber of Secret – 4.5/5
Harry Potter and the Prisoner of Azkaban – 5/5
Harry Potter and the Goblet of Fire – 3.5/5
Harry Potter and the Order of Phoenix – 3.5/5
Harry Potter and the Half-Blood Prince – 4/5
Harry Potter and the Deathly Hallows Part 1 – 4.5/5
Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2 – 5/5

#HarryPotter #HadyMovieReview #HDABDHMD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat