Kek Marble Simple Sukatan Cawan

Kek Marble Simple Sukatan Cawan

KEK MARBLE SIMPLE SUKATAN CAWAN

Resepi Nor Zureen Syuhada

Bahan-bahan
1cwn mentega(saya guna marjerin pelangi je)
3/4cwn gula kastor(saya guna gula biasa yg dibland halus)😅
3biji telur
1sdk asen vanila
3sdb susu pekat
1/4cwn susu cair(terpulang nak buh ke tak)
2cwn tepung gandum*
1sdk baking powder*
(ayak bahan bertanda*)

Cara-cra
-mix mentega dgn gula sampai kembang
-kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji
-masukkan asen vanila dan susu pekat,mix lagi
-masukkan susu cair,mix sebati
-tutup mixer,masukkan tepung sikit2 hingga habis secara kaup balik hingga sebati
-boleh bahagi adunan jika nak letak pewarna/perasa
(kalau nak letak koko masukkan 2sdb serbuk koko)
-sapu loyang dgn mentega/alas baking paper
-masukkan adunan dan bakar suhu 170°/45minit@ ikut oven masing2

#ainulmustafakitchen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat