FAIZ SAAID

Blog Orang Selangor

Kek Pahit Yang Bermakna

Kek Pahit Yang Bermakna

Harini ni dapat merasa resepi kek coklat anak dara abg joe, wah not bad rasanya. Boleh masuk. Tapi diorang komplen tak sedap pahit. Tapi abg joe dah biasa, sebab selalu sangat makan benda tak bergula, sejak berdiet tahun lepas makanan tak cukup gula dan garam ni dah jadi takde apa sangat. dark chocolate memang banyak khasiat berbanding coklat biasa.

Dalam hidup benda yang kita usahakan penat penat lelah bukannya akan berhasil, bukan semua episod kehidupan berakhir dengan kemanisan. Yang biasa ialah pahit dan memeritkan, malah ada yang menyakitkan. Bila kita dah selalu melaluinya, kita dah biasa menghadapinya.

Orang lain kata itu bala, tapi bagi abg joe itu tanda Allah sayang kita. Setiap yang berlaku ada hikmah disebalik kejadian. Dalam hidup, kita sebenarnya banyak belajar dari pengalaman yang PAHIT !!!

Insyaallah, satu hari nanti kakak,maryam, dahlia akan faham . Tq for this cake

#aqeeladahlia #arianamaryam #arreessazulaikha #ddsbusiness

Leave a Reply

Open chat