FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Kelayakan Beli Rumah

Kelayakan Beli Rumah

Bila cakap pasal beli rumah, ramai yg ingat orang berduit, bergaji besar je boleh beli, hakikatnya, rumah ni ada pelbagai jenis dan kategori. Cuma kena celik property sikit je dah boleh beli rumah,di sini saya nak kongsikan tips asas nak beli rumah.

1. Semak kelayakan-tengok slip gaji, ambil nilai gaji bersih (setelah tolak semua tolakan dlm slip gaji), kemudian, tolak semua komitmen dengan bank cthnya kad kredit (jika ada), kereta, rumah pertama (jika ada), personal loan, loan2 lain dan lain2 yg bersangkut dengan bank. Bil unifi, bil astro, bil telefon dan seumpama tak perlu ditolak (bukan fixed komitmen). Tolak semua komitmen ni drpd gaji bersih tadi. So balance ini lah merupakan kelayakan bulanan kita utk menentukan rumah harga berapa yg layak kita beli untuk melayakkan kita dapat loan bank.
Kata pakar hartanah, Tuan Faizul Ridzuan, cara mudah nak tahu harga rumah berapa yg layak kita beli cthnya gaji 3000,mksdnya rumah kita beli kena rm300k dan ke bawah, gaji rm5000, cari rumah 500k dan ke bawah dan seterusnya. Tapi, walaupun kita layak/mampu beli rumah 600k sekalipun, takkan kita nak bazirkan duit macam tu je kan, mesti kita nak guna duit untuk beli benda2 lain cth kereta, rumah kedua misalnya mahupun savings. Macam tu lah.

2. Lokasi- lokasi ni lah yg menentukan harga sesebuah rumah. Penting sgt kita pilih lokasi yg bersesuaian, pilihlah kawasan yg selamat, bebas banjir, jauh dari pencawang letrik, selamat dan tidak sesak. Kalau boleh naik public transport lagi bagus. Dekat dengan kedai2, klinik, sekolah dan yang paling utama mempunyai kejiranan yang baik. Biasa org beli rumah akn fikir akses ke lebuhraya/jalan utama untuk senang ulang alik pergi kerja. Terpulang kpd masing2. Ada suka duduk di pinggir bandar sebab nak lari dari hiruk pikuk bandar. Lagi jauh rumah dari bandar, lagi murah.

3. Jenis rumah- bila dah tahu kelayakan berapa, dah tau lokasi mana, pilih la nak rumah mcm mana, ada rumah landed cthnya teres, kluster, superlink, banglo, semid, townhouse, ada pula high rise mcm apartment, kondo, dsb. Tepuk dada, tanya diri nak yg macam mana. Tapi kebiasaannya rumah landed di tengah2 bandar jauh lagi tinggi harga berbanding rumah high rise di bandar. Keluasan rumah juga jadi faktor harga rumah. Cthnya, kalau nak rumah landed, kena lah korbankan jauh sikit dari bandar, unless mmg kelayakan anda tinggi. Mcm tu lah. Lumrah di mana2 harga rumah macam ni.

4. Survey banyak lokasi dan projek-buat perbandingan beberapa projek di lokasi yang dipilih. Sekitar 20km radius tu masih ok untuk comparison. Masa buat perbandingan, tengoklah dari segi jenis rumah, harga, keluasan dan lain2. Kalau ada show unit, digalakkan sgt2 untuk pergi tengok, baru dapat bayangan dan feel.

5. Buat solat istikharah. Lepas tu, buatlah keputusan yang terbaik. InshaAllah dipermudahkan.

Semoga bermanfaat buat yang sedang2 mencari rumah. Untuk makluman, rate rumah skrg tengah turun (3%). Kalau nak beli rumah, inilah masa yang sesuai,sebab monthly anda akan jadi rendah skit berbanding biasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat