Kalau Busy , Bagus Buat BLOG, Bukan Meroyan Dekat Facebook 

Kalau Busy , Bagus Buat BLOG, Bukan Meroyan Dekat Facebook 

Hari ini bawa anak kecil kami, produksi yang ketiga yang bernama Aqeela Dahlia, nak tengok dia sihat ke tidak. Tengok muka dia ok je sihat. Pagi pagi bangun dengan kecerian, kakak kakak pulak kena hantar ke rumah tok saaid, tumpang jap sementara nak bawak budak kecil ni ke klinik kerajaan seksyen 7 shah alam.

Berbalik kepada topik hangat kita nih, sebenarnya ada satu masa aku bosan main facebook, eh, bukan begitu, tapi ada beberapa insan yang nak berbusiness, tapi komplen sibuk, tanya beberapa orang, ajak tulis blog, tapi busy. Bila tengok facebook, rajin gila mengupdate, macam macam update kau,sampai nak makan, selfie depan kubur, dan macam macam datuk nenek perkara semua update dekat facebook. Bagus ke ? Bagi aku, ada bagus dan tak bagus.

Best main facebook

FACEBOOK DENGAN INSTAGRAM MEMANG SENANG

Sebenarnya trend sekarang, ialah guna fb dan instagram untuk buat business, malah ramai je berjaya buat sales guna medium nih. Ada jugak yang rajin, hari hari update facebook insta kaw kaw. Memang update soft selling, hard selling, hard tuh keras kuat dan macam – macam teaser business masing masing.

Sekarang pula ada nya fbAds dan macam-macam lagi aplikasi nak update supaya kau boleh susun jadual, schedule kerja kau, post kau. Hahhaha hebat teknologi sekarang.

Lepas tuh ada lagi best, kau boleh jadi famous, banyak folllower, ramai pengikut. Facebook pula sekarang nih ada cikgu viral yang ajar korang boleh dapat follower 100k , memang hebat. Ada lagi pula dengan macam macam marketing, hoo dan ada yang berjaya dan ada yang tidak. Ikut kerajinan

Tapi itulah, tak bestnya ada yang kurang berjaya, komplen tiada masa, main facebook waktu kerja, kelemahannya , kau dah tak boleh update facebook kau. Habis artikel viral tulis panjang panjamg tak boleh nak viral. Lepas tuh hari demi hari kena tulis dan tulis panjang panjang. Update promo hari hari sampai satu masa boleh jadi stress melampau, sebab takde pulangan. Memang teruk dan kejam. Tambahan kekejaman itu ialah orang ofis kau semua tahu aktiviti kau, report pada bos, dan bos marah sebab kau buat business time kerja. Memang parah. Lagi satu juga bab keberkatan kerja, itu pun kena pandai- pandailah jaga.

Boleh kata facebook ni kau hari hari kena update, kalau tak habis engagement rate kau berkurang, bila berkurang pengikut akan lari, artikel tak viral, post tak ramai orang like, dan paling sedih, sales takde. Yang lagi sedih, dah update macam macam pun sales takde, sebab follower suka follow je, hahaha.

Buat blog memang susah

BUAT BLOG MACAM BERKEBUN, LAMBAT GILA

YE, itu hakikat blogging, lambat gile nak dapat hasil, unless kau bayar adwords, tapu kena keluar duit. Kau buat business nak cari duit, tentu nak buat yang free markerting, betul tak ? Jawabnya kalau ajak orang buat blog , update vieeo kat youtube, memang lambatlah nak dapat hasil.

Nak buat blog ni ibarat berkebun, usahakan ladang sendiri. Dari pemilihan tanah, nak tanam pokok apa, nak kena siram, nak kena baja, itulah peningnya. Hahaha ,kau komplen hari hari nak kena update, lepas tuh komplen tiada masa nak update blog, nak suruh berkorban masa pun tak nak. Memang lecehlah blogging nih.

Tapi best part of blogging bila dia dah lama, selalu baja update, dia punya penangan dia, kau pergi mana mana, tak perlu risau dah, traffic datanf sendiri, customer pulak jenis yang memang mencari produk kau, lepas tuh orang tengok kau jalan jalan, hahaha. Blog ni jadi automate bila dia dah membesar sendiri. Kau cuma perlu update sikit sikit, tak seteruk update facebook.

Cerita wife aku pulak, masa kerja kat TM dulu, kena duduk dalam bilik kebal, tak boleh tengok handphone, tak boleh update facebook, ada je sales masuk. Lepas tuh time dia morning sickness, time berpantang, ada je orang tanya pasal Shaklee, sebab blog dia tuh jalan sendiri tarik orang tarik prospel. Best tak ?

Sekarang ni kitorang update blog dapat duit lagi. Hahhaa ada je orang masuk , google bagi duit dalam usd lagi. Kalau update facebook dan instagram tak dapat duit macam google bagi. Sebab tuh aku fokus update blog, hahaha sebab idea takde pulak nak update facebook, lepas tuh malas pula nak merapu dan meroyan di media sosial.

Buat duit dengan blog

BELAJAR BLOG MARKETING DENGAN AINUL MUSTAFA

Hahhaa bila wife aku ni dapat masuk list top influencer moms dalam malaysia, bangga aku sekejap,sebaris dengan artis malaysia dan blogger hebat lain. oklah kalau nak belajar cara blog makerting nak buat duit best dengan Ainul, korang boleh pergi ke website beliau ainulmustafa.com.

Tapi macam aku cakap tadi, terpulanglah kepada korang, setiap medium ada kekuatannya. Pilih yang mana sesuai. Idea merapuku, start buat blog kalau korang asyik komplen takde masa nak update facebook. Hahhaa. Ok, utarakan pendapat korang dibawah. Selamat pagi !!!

Faiz Saaid

Seorang yang kacak berambut kerinting yang suka menulis idea merapu. Kalau ada cerita, semua cerita dia nak ulas dengan pandangan mata beliau yang sepet

This Post Has 4 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

Close Menu