FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Kempen Boikot Zionis

Kempen Boikot Zionis

Kempen Boikot Zi.onis

Semangat sahaja tak cukup, tanpa ilmu. Ramai yang menyeru pemboikotan barangan Y.ahudi/Zi.onis, tetapi tersalah sasaran. Ibarat marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar. Nyamuk tak mati, sedang kita sendiri yang kerugian.

Dalam perihal boikot, kita mempunyai satu gerakan antarabangsa bernama BDS Movement. Gerakan ini memberikan panduan yang persis dan efektif bagi menekan ekonomi Zio.nis.

Syarikat atau individu yang mereka sasarkan disenaraikan selepas mengkaji penglibatan nyata secara langsung atau tidak langsung dalam kempen membantu kerajaan haram Zio.nis. Ia tidak melibatkan emosi dan sentimen kemarahan semata-mata.

Suka dinyatakan di sini bahawa Starbucks dan McDonald’s dikeluarkan daripada kempen boikot BDS sejak beberapa tahun yang lalu. Saya sendiri pun dulunya memboikot dua jenama ini, sebelum mengetahui maklumat yang sebenar.

Habis apa yang nak diboikot?! Ada. Antaranya yang biasa dengan kita adalah jenama sukan PUMA (saya peminatnya!); mesin CATERPILLAR; HYUNDAI HEAVY INDUSTRIES; HEWLETT PACKARD (komputer/laptop!);dan STANLEY BLACK&DECKER.

Untuk maklumat mengenai kempen boikot ini, eloklah saudara-saudari telusuri sendiri laman web BDS Movement. Banyak maklumat menarik, termasuklah pendedahan mengenai pembelian dan penggunaan perisian pengintipan keluaran Y.ahudi/Zi.onis oleh Malaysia sendiri.

Ayuh, jangan sekadar kita menumbuk angin!

-Sahul HM-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat