Kena Berlatih Bercerita Sejak Kecil

Kena Berlatih Bercerita Sejak Kecil

Masa umur saya 7 tahun, Aboh selalu latih saya adik beradik bercerita.

Latih jadi berani.

Kami berdiri atas meja makan jepun yang aboh buat dan berceritalah tajuk yang diberi.

Masa sekolah rendah, teacher pun sama, suruh masuk pertandingan ‘story telling’. Saya masuk walaupun selalu tertukar perenggan 11 dengan perenggan 12.

Lintang pukang jadi ceritanya. Tak tahulah hakim faham ke tak.

Masa sekolah menengah kena jadi MC perhimpunan, join nasyid dan jadi ketua blok. Kenalah bercakap sikit. Kalau saja-saja volunteer memang tak la.

Masuk UiTM saya menyanyi dalam kumpulan nasyid Syukran. Sebab memang minat nyanyi. Tapi key lari atas pentas 🤣. Buat bodo jelah.

Bila kerja jadi manager. Kena cakap di morning assembly dan present progress pada BOD dan client.

Dan bila bisnes, bila berjaya kena bagi speech depan ribuan peniaga.

Tapi, ramai orang tak tahu sebenarnya saya masih takut dan gemuruh.

Dah takut, kenapa masih buat?

Sebab..

Buat ni bukan pasal menang pertandingan, dapat peminat atau nampak hebat.

Tapi sebab nak jadi lebih baik.

Takut tu sebenarnya tanda kita kena buat benda tu.

Itulah had kita. Bila kita berjaya buat, kita dah berjaya jadi lebih.

Bukan tentang orang tapi tentang kita.

Mungkin apa yang kita takut tu la yang akan UNLOCK kejayaan yang kita nak.

Jadi, berkawanlah dengan takut dan gunakan takut untuk jadi lebih baik.

#AK #bisnesultimate #UltimateTribe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat