FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Kenapa Atomy Kena Serang ?

Kenapa Atomy Kena Serang ?

KENAPA ATOMY DI SERANG

Kenapa Atomy diserang sebegitu sekali? Sebab konsep bisnes Atomy berjaya melahirkan rangkaian Pengguna Bijak!! Ini menyebabkan Golongan Kapitalis tidak dapat mengaut kekayaan seperti sebelumnya disebabkan konsep pengguna bijak mejadikan Pengguna Yang Kaya.

Kenapa Atomy diserang? Sebab Atomy menyebabkan MLM yang menekan dengan mengenakan yuran, memaksa membeli bulan-bulan, yang nak bermula kena keluar duit ratusan malah ribuan, bakal ditinggalkan dan tidak lagi menjadi pilihan Orang Melayu. Atomy Malaysia kini dalam proses mendapatkan Sijil Patuh Syariah. Pastinya proses ini mengambil masa.

Oleh itu, saya telah sarankan agar Atomy Malaysia melantik 2 orang Panel Penasihat Syariah. Idea ini diterima baik. Apabila ini berlaku, Atomy Malaysia bakal menjadi syarikat networking dunia pertama yang ada panel syariah. Bayangkan, semua ini berlaku hanya dalam masa 6 bulan penglibatan saya dengan Atomy.

Kenapa Atomy diserang, sebab dalam masa yang singkat sahaja Atomy berjaya membantu ramai orang Melayu cipta pendapatan dan melalui hidup lebih selesa. Mungkin ada pihak yang sakit hati tengok Melayu Kaya. Apabila tidak berjaya menjatuhkan Atomy dan bersaing dari segi bisnes, mereka menggunakan sentimen agama pula.

1) Pertama, Atomy Malaysia di miliki oleh 3 orang dan salah seorangnya adalah orang Melayu Islam kita iaitu Dato’ Ramli bin Abdul Rahman.

2) Atomy bukan franchis kepada Atomy Global yang memyalurkan duitnya kepada Atomy Global. Atomy Malaysia adalah syarikat Sdn Bhd yang menguruskan kewangannya sendiri. Tidak satu sen pun DUIT KEUNTUNGAN daripada Atomy Malaysia yang keluar daripada Malaysia dan disalurkan ke mana-mana Yayasan di luar negara.

Apabila kita membaca web Atomy Global, kita kena faham Atomy telah ditubuhkan pada tahun 2009 dan pada peringkat 6 tahun pertamanya ia beroperasi di USA, Jepun, Canada, Taiwan, Australia dll. Negara-negara ini yang tiada orang Islam. Jadi aktiviti ketika itu berkisar kepada budaya dan agama mereka di sana.

Kini setelah mula beroperasi di negara yang ramai umat Islam seperti di Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan akan dibuka di Turki dan seterusnya ke Timur Tengah, maka Atomy menggunakan konsep bisnes secara berasingan. Iaitu, Atomy di negara itu menguruskan semua kewangannya dan aktivitinya sendiri. Maka Atomy mula belajar memenuhi keperluan orang Islam pula dengan memastikan produk yang masuk ke Malaysi ada logo halal dan kini mengambil langkah mendapatkan Sijil Patuh Syariah pula. Atomy Malaysia juga ada pekerja-pekerja Melayu dan Islam kita yang sedang bekerja di situ. Malah yang menguruskan bab syariah ini di Atomy Malaysia adalah pegawai yang beragama Islam.

Maka aktiviti ketika itu termasuk pembentukan Yayasan Dreamy oleh Founder Atomy adalah untuk di negara bukan Islam. Meskipun begitu, Sudan yang 97% terdiri daripada orang Islam juga pernah mendapat sumbangan bagi membangunkan sekolah-sekolah di sana. Dana yang disalurkan adalah duit peribadi founder dan tiada kena mengena dengan Atomy Malaysia yang ditubuhkan kemudian pada Tahun 2016. Ia adalah usaha yang sama seperti dilakukan oleh ramai founder-founder lain (yang apabila kaya) membuka Yayasan sebagai usaha amal mereka termasuk Amway, Google, 7 Eleven, Microsoft, Apple dan termasuk pemilik Facebook.

Kenapa Atomy diserang? Sebab mereka tidak dapat cari kelemahan Atomy dalam sistem bisnes nya lalu mereka cuba korek apa kelemahan yang ada agar tenggelam kekuatan Atomy yang membuka peluang sesiapa sahaja untuk berjaya tanpa yuran, tanpa menjual, tanpa maintain bulan-bulan, tanpa overiding dan tanpa risiko modal ini. Lalu mereka mula mengorek dan mencari apa isu yang boleh dibangkitkan, untuk dijadikan sentimen.

Akhirnya, mereka menfitnah Atomy dengan mengharapkan Orang Melayu dan Islam tidak menyokong bisnes ini. Tahukah mereka sejak 6 bulan Atomy menjadi fenomena ini ramai orang Melayu yang mula mencipta pendapatan dan keluar daripada masalah kewangan dan bernafas lega di saat ramai orang lain hilang mata pencarian. Peliknya, sehingga di saat saya menulis ini, tiada yang bertanya terus dengan saya sebwlum bercakap atau menulis tentang Atomy. Sedangkan mereka tahu sayalah yang bertanggung jawab mencetus fenomena Atomy di Malaysia ini.

Perjuangan saya jelas daripada awal lagi. Saya mahu keluarkan seramai mungkin orang Melayu daripada belenggu kemiskinan melalui bisnes Atomy yang mudah, terkini dan adil ini. Saya mahu buktikan orang Islam mampu capai kejayaan besar dalam bisnes ini secara berjemaah hingga ramai yang buka mata.

Mereka yang menuduh kononnya Atomy ini syubhah. Atomy ini mendorong agenda kristian dan seumpamaya telah menabur fitnah. Secara tidak langsung juga menfitnah Dato’ Ramli Abdul Rahman yang merupakan salah seorsng pemilik Atomy Malaysia. Mereka juga menfitnah semua ahli-ahli yang sedang aktif mencipta pendapatan dalam Atomy sekarang.

Apabila kita cuba dijatuhkan, bermakna kita berada di tempat yang lebih tinggi. Orang tak jatuh di tempat yang rendah.

Apabila kita faham bisnes Atomy, tiada apa yang mampu goyangkan kita. Orang yang goyang sebab akarnya lemah. Sebab itu saya pesan, bajai pokok kita ini dengan ilmu tentang bisnes kita. Baru nampak betapa besarnya peluang yang terbentang.

#kayaberjemaahitubarakah

Belum terlambat untuk kami bantu anda untuk menyertai bisnes mudah ini

Sekian.

Dr. Hj. Tengku Asmadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat