Kenapa Harun Din Tak Boikot Amerika ?

Pada hari jumaat, 16/9/2016, memang bangun pagi tuh bangun, selepas solat subuh, rasa sejuk sedap je, rupanya nak hujan. Buka berita facebook, katanya Haron Din dah tenat, tak sampai satu hari, Haron Din menghembuskan nafas terakhir di bumi Uncle Sam, di Hospital Stanford, California, dan selamat bersemadi di sana, atas permintaan beliau sendiri.
haron din meninggal di california

Perginya Ulamak Di Hari Malaysia

Tapi cerita perginya seorang Ulamak tersohor nih, ada pula suara suara sumbang, ye bukanlah sumbang, tapi sebenarya satu persoalan yang aku rasa Allah nak kita fikirkan. Masa hari Malaysia, disebalik kita sogokkan dengan keharmonian kaum di tv, tapi jelas sekali di facebook realitinya ramai mengkritik dengan bahasa kasar terhadap Harun Din. Memang dasyat sekali. Tak kurang juga yang kutuk perubatan darussyifa, kenapa dia tak minum je air jampi beliau. Memang gile persoalan dan rantaian masalah, disebalik hari malaysia dan pemergian ulamak tersohor ini.

Solusi TERBAIK

Satu perkara yang mungkin Allah nak tunjukkan kepada aku kisah Harun Din ini ialah tentang PENCARIAN SOLUSI YANG TERBAIK !!! Ada beberapa perkara yang aku terfikir , aku tuliskan begini.
  1. Harun Din pergi ke Hospital Stanford tuh bukan sebarangan hospital tuh hospital ke 15 terbaik dunia, dalam bidang pembedahan jantung dan kardiologi. Yang ni korang boleh rujuk kat sini: Sebelum tuh pun, dia pernah buat pembedahan pintasan jantung di situ pada tahun 2012.
  2. Ramai yang tahu ilmu Harun Din tentang perubatan Islam memang hebat , tapi Harun Din pun merujuk kepada ilmuwan yang lebih pakar tentang pembedahan jantung, merujuk kepada Hospital Stanford.
  3. Segala usaha tentu dah dibuat di Malaysia, segala perubatan semua dah dibuat, doa, jadi dewan ulama pas, bersepakat untuk mencuba yang TERBAIK di luar malaysia pula, mengikut kemampuan mereka juga ketika itu.
  4. Cerita Uthman bin Affan membeli perigi yang dimiliki yahudi di Madinah , adalah solusi terbaik untuk mendapatkan bekalan air bersih, walaupun ada beberapa sumur yang lain, tapi perigi milik orang yahudi itu adalah yang TERBAIK ketika itu.
  5. Rasulullah pernah mencagarkan baju besi untuk mendapatkan bekalan makanan dari seorang yahudi, walaupun bukan darurat ketika itu. Mungkin itu yang TERBAIK ketika itu, walaupun ramai je para sahabat yang kaya ketika itu.
hospital stanford
Setakat beberapa isi yang aku sertakan ini belum cukup, dengan limitasi ilmu yang ada. Tapi pengajarannya, seorang Islam yang bagus,akan mencari SOLUSI yang TERBAIK, akan buat yang TERBAIK, dan belajar dari mereka yang TERBAIK, walaupun belajar dari bukan Islam, atau belajar dari YAHUDI sekalipun.

Pengajaran

Kisah Haron Din ni buat aku fikir dan yakin sekali lagi, kita semua kalau boleh nak yang TERBAIK untuk kita dalam semua aspek. Contohnya dalam bab kesihatan, aku buat pilihan metodologi kesihatan aku ialah memilih makanan tambahan TERBAIK di dunia, memilih yang mempunyai kajian dan #landmarkstudy yang mantap. Cara perkongsian yang mudah disebarkan aku pilih facebook, yang TERBAIK di dunia, cepat dan mudah viral, walaupun facebook ni banyak juga mengarut dan facebook ni pun YAHUDI punya.
rakyat malaysia marah haron din

22 comments on “Kenapa Harun Din Tak Boikot Amerika ?Add yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge