Kenapa Kena Bina Otot ?

Kenapa Kena Bina Otot ?

Kenapa kena bina otot ? Sebab Barulah Badan Power !!!

Biasa tengok orang berotot badan sasa sasa ala malek nor muda muda dulu. Tapi kenapa kena bina otot ye ? Biasanya orang yang nak bina otot ni, nak body power, barulah awek datang, takpun nak masuk pertandingan MR Universe. Itu memang betul, tapi ada lebih penting daripada itu. Otot yang dibina tak semestinya besar gedabak. Apa yang penting ialah otot adalah kunci kesihatan. Apa yang otot ni buat ialah:

  1. Otot membakar lemak yang digunakan sebagai tenaga tubuh. – semakin banyak otot yang anda miliki maka semakin banyak kalori yang anda bakar. 
  2. Lapisan otot juga dapat meningkatkan metabolisme tubuh dan level testoteron yang dapat menambah gairah seks dan membuat anda lebih awet muda. 
  3. Pertumbuhan otot yang baik juga berhubungan dengan jantung yang sihat, kesihatan tulang pinggang dan juga kesihatan mental yang baik.

Bagaimana nak bina otot

Jawapan:yang ni nak taknak kena bergerak, buat senaman yang betul, malas sangat pun kena rajin kemas rumah. Sentiasa kena buat senaman rintangan atau angkat berat. Otot tak besar takpa, itu tak penting, yang penting sekali lagi ialah kesihatan anda tu lagi penting. 

Nak makan apa ?

Kena ambil protein le,kurangkan lemak, dan juga buah-buahan dan sayur-sayuran. Permakanan ni kiranya faktor penting untuk dapatkan otot yang mantap. Korang pun selalu baca, macdam macam penyelidikan telah dibuat untuk mendapatkan otot . Ada juga yang berbeza-beza pendapat tentang amalan permakanan yang bagus untuk mendapatkan badan yang menawan.

kredit: kotasatelit

Faiz Saaid

Seorang yang kacak berambut kerinting yang suka menulis idea merapu. Kalau ada cerita, semua cerita dia nak ulas dengan pandangan mata beliau yang sepet

This Post Has 4 Comments

    1. thanks bro, sama sama mengingatkan diri sendiri jgk, hehe

  1. sya selalu kemas rumah….so x yah senam je la kan faiz…lalala

    1. hehe tgklah macam mana cara kemas rumah tu, byk tak kalori terbakar, haha, kalau mop lantai, sapu sampah sume, byk jgk burn tu

Leave a Reply

CommentLuv badge

Close Menu