FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Kenapa Kena Makan Ikan ?

Kenapa Kena Makan Ikan ?

Kenapa Kena Makan Ikan ? Semua orang tahu, khasiat ikan yang bagus untuk kesihatan. Tapi ramai ke yang sanggup makan ikan ? Jawapannya, tengoklah pada anda sendiri. Ada orang memang gila ikan, pancing ikan, tangkap ikan, ada yang suka makan seafood dan sebagainya. Ada pulak yang tak suka makan ikan, suka ambil sumber daging lain seperti ayam, lembu, kerbau, soya dan sebagainya. Kenapa kena makan ikan ? Saya rasa ramai yang ada pandangan masing-masing tentang makan ikan ini.

Omega-3, Protein, Kolagen

Khasiat ikan itu sendiri, baik di laut atau di darat, semuanya memang ada khasiat yang bagus untuk manusia. Banyak kajian telah dibuat oleh mat saleh dan mat solah diluar sana tentang ikan ini. Setiap komponen pada ikan itu, memang ada faedah dan manfaat untuk manusia.
Ikan antara makanan yang mempunyai protein yang tinggi, bagus untuk pembentukan sel dan otot bagi yang suka bina badan.
Lemak ikan boleh dikatakan lemak yang bagus, dan pandai keluar sendiri jika berlebihan.
Omega-3 memang bagus untuk jantung yang sihat, kurang lemak tepu, membantu mengurangkan kolestrol.
Omega -3 juga bagus untuk pesakit asma, sendi dan boleh membantu mengurangkan berat badan.
Sebahagian ikan, seperti Red Snapper Scale (RSS), digunakan sebagai bahan yang mengandungi kolagen, yang bagus untuk awet muda dan kesihatan menyeluruh untuk badan kita.

Insan-insan yang rapat dengan aku, terutama bapa aku, memang suka makan ikan, katanya bagus, boleh buat badan kita tahan sejuk. Supervisor aku masa master, dan masa aku buat phd tak berapa nak siap ni, pun suka makan ikan, memang diakui, muka diorang awet muda, hahahha.

Ikan Banyak Tulang , tak macam Ayam dan Daging
Ayam memang best, kalau kita makan Ayam KFC, ayam bakar, ayam goreng Upin Ipin dan sebagainya, memang sedap dan budak-budak suka sangat makan ayam. Tapi jarang sekali kita dengar budak-budak suka makan ikan. Kalau aku pun, aku jarang makan ikan, lagi-lagi ikan itu banyak tulang. Kata bapa aku dan wife aku Ainul Mustafa, ikan banyak tulanglah lagi sedap dari ikan-ikan biasa. Pernah juga mak aku meluahkan perasaan, budak-budak sekarang tak reti makan ikan banyak tulang. Ianya mengajar kita erti kehidupan yang penuh cabaran sekarang. Orang dulu nak makan ayam daging memang susah, jadi ikanlah yang paling senang nak cari, cari dalam sawah padi, pergi tangkap dekat sungai dan sebagainya. Lepastu, Abah aku ada cerita lagi, dulu budak-budak yang nak cari duit, kena pergi tangkap ikan di sungai, dan jual dekat pasar, hasil duit itu simpan dalam tabung buat belanja sekolah.

Nelayan Laut Dalam
Suatu lagi yang patut kita prihatin ialah golongan nelayan, macam janji 1Malaysia pulak, nak tolong nelayan -nelayan. Tapi, secara sebetulnya, kita berterima-kasih kepada mereka, kerana tiada mereka, siapa yang sanggup untuk berhempas pulas, mabuk lautan untuk mencari dan menangkap ikan untuk kita semua makan. Lagi teruk, mereka ini bergantung kepada orang tengah, dan terpaksa mengikut cuaca dan hasil tangkapan pula bukannya selalu banyak. Kumpulan Kembara yang dianggotai M Nasir pun, ada buat lagu tentang susahnya Nelayan yang hendak mencari duit untuk anak-anak mereka. Tak lupa juga, lagu Awan Nano oleh Hafiz, video klipnya berkisarkan seorang nelayan lakonan Hermantino yang mencari nafkah untuk anaknya Hafiz.

Pancing Ikan, Pancing Duit
Aku pernah dengar kakak aku kata, dia tak suka orang pancing ikan, termasuklah mak aku, memang tak suka tengok orang pancing ikan. Aku dulu adalah juga kawan yang betul-betul gila pancing ikan. Semua tempat kat Kuantan, dia tahu je mana lubuk bagus nak pancing ikan. Bapa aku pulak bukan sahaja pandai pancing, malah berkebolehan menebar jala. Memang diakui oleh saudara-mara aku sendiri. Aku dapat rasakan, memancing ikan perlukan kesabaran, ianya mengajar erti sabar dan tenang, dan bersedia menghadapi saat genting ketika umpan kita sedang disentap oleh ikan. Begitu juga kita dalam erti kehidupan sebenar. Orang yang MALAS, hanya tahu meminta ikan, bila diberi pancing, tak reti guna, nak cepat dapat hasil dan sebagainya. Erti kesabaran memancing itu sama seperti orang yang berniaga, perlukan kesabaran untuk mendapat pelanggan, dan bila orang bertanya, perlukan kesabaran supaya barang kita terjual. Itu belum lagi kita sebut pasal umpan dan jenis pancing yang digunakan. Semuanya perlukan ilmu yang tinggi, supaya hasilnya memuaskan.

Hidup Ibarat Lautan, Ikan Hidup Di Kolam
Ramai dah tahu Doa Nabi Yunus dalam perut ikan Paus. Bila kita rasa berlaku zalim terhadap diri sendiri, maka mohonlah kemaafan dari Allah s.w.t. Suatu erti kesabaran dan cabaran bila kita fikirkan, kehidupan kita seperti di lautan. Rasulullah pernah berkata, banyaknya orang islam sekarang seperti buih-buih dilautan, yang hanyut di landa ombak kuat. Satu lagi yang aku teringat ialah falsafah ikan dan kolamnya. Sajak itu mak aku tulis dan aku suka sajak tu. Sajak Dr Zurinah Hassan itu berbunyi begini

“di sebuah kolam,ada ikan-ikan yang mahu berenang,bebas dan jauh.Ada ikan jadi marah,pada empat dinding yang menyekat,perjalanannya.Menghempas-hempas diri,dan kemudian mengerti.Dinding-dinding itulah mengepung air,dan memberikan,sebuah kolam untuknya.”

Seperti kita juga, kita rasa hidup kita tidak bebas seperti dikongkong dengan dosa pantang larang yang katanya tidak logik. Tapi batasan Islam itulah yang menghidupkan kita menjadi insan yang cemerlang dunia akhirat, samalah juga seperti kolam yang terbentuk dari batas-batas supaya airnya  tidak melimpah dan ikan itu tidak akan mati.

Ikan oh Ikan, jangan tak makan ikan
Bak kata pakar, makan ikan selalu takpa, jangan makan ayam dan daging selalu. Sekian sahaja untuk hari ini. Promosi Omega guard pun tinggal hari ini sahaja, esok seperti biasa harga asal. Ingatlah, hidup ini perjuangan, untuk mencapai objektif syurga yang kekal di akhirat sana.

Jangan Down

Alhamdulillah, harini leader mereka naik kapal untuk enjoy medeterinean cruise. Memang power naik cruise paling besar dalam dunia tuh. Oklah ada beberapa pesanan dari master lyna pasal rasa down nih. Cuba korang hayati apa kata beliau.

“Orang bisnes tak boleh rasa down kan? Mesti sentiasa motivated kan” Soalan ni selalu saya dapat.

Perasaan ups and downs tu mestilah ada. Kita manusia kan. Robot pun ada juga time downnya.

Rasa down itu perlu, kalau tak ada rasa down, kita akan jadi lupa diri, jadi macam firaun & qarun. Perasaan down adalah anugerah Ilahi agar kita tak tersasar dan sentiasa kembali kepada dia.

Persoalannya, apa yang kita buat semasa kita dilanda down?

Kerana apa yg Allah beri pada kita… kalau yang kita suka tu tak semestinya baik, begitulah sebaliknya.

Contohnya kita suka duit. Banyak duit. Suka hati. Tapi bila dah banyak duit tu kita jadi lupa… lupa Tuhan. Lupa nak sedekah. Lupa nak bayar zakat…. apa jadi? Duit tu menjauhkan kita dgn Tuhan.

Beza bila banyak duit, kita manfaatkan. Infak kpd yg memerlukan… guna utk selesakan keluarga kita utk beribadah, menuntut ilmu, etc.

Begitu juga dgn masalah. Bila ada masalah, kita redho, atasinya dan pasti masalah tu jadikan kita insan lebih baik.

Tapi kalau kita react dgn masalah tu… dgn memendam, merungut, mengamuk, mulut cakap ‘redho’ tapi hati memberontak… kita takkan jadi apa-apa kecuali makin jauh dgn Tuhan.

So ups & downs adalah milik sesiapa pun. Jgn ingat kita punya down saja & orang lain up semuanya.

Oklah semua orang kalau rasa down tuh normal. Tapi rasa nak up balik tuh penting. Jangan down lama lama. Nanti semua down lupa tuhan pulak . Habis kau takde keberkatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat