FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Kenapa Kita Tak Rasa Hukuman Allah di Dunia ?

Kenapa Kita Tak Rasa Hukuman Allah di Dunia ?

Kenapa Kita Tak Rasa Hukuman Allah di Dunia ?. Asalamualaikum dan selamat pagi.

HUKUMAN YANG TIDAK TERASA

Seorang murid mengadu kepada gurunya: “Ustaz, betapa banyak kita berdosa kepada Allah dan tidak menunaikan hakNya tapi saya tidak melihat Allah menghukum kita”.

Guru menjawab dengan tenang: “Betapa sering Allah menghukum kamu tapi engkau tidak terasa”.

“Sesungguhnya salah satu hukuman Allah yang terbesar yang menimpamu wahai anakku, ialah: Sedikitnya taufiq yang Allah beri untuk mengamalkan ketaatan dan amal amal kebaikan”.

Tidaklah seseorang diuji dengan musibah yang lebih besar dari “kekerasan hati dan kematian hati”.

Sebagai contoh:
Sedarkah engkau, bahawa Allah telah mencabut darimu rasa bahagia dan senang dengan munajat kepadaNya, merendah diri kepadaNya, sujud di hadapanNya.

Sadarkah engkau tidak diberikan rasa khusyuk dalam solat?

Sedarkah engkau, bahwa beberapa hari2 mu telah berlalu dari hidupmu, tanpa membaca Al-Qur’an?

Sedarkah engkau sudah tidak tersentuh dengan ayat ayat Al-Qur’an, seakan engkau tidak mendengarnya?

Sedarkah engkau bahawa telah berlalu berapa banyak malam yang panjang sedang engkau tidak melakukan Qiamullail di hadapan Allah, walaupun terkadang engkau tidak tidur malam?

Sedarkah engkau bahawa telah berlalu atasmu musim kebaikan seperti: Ramadhan… 6 hari di bulan Syawal. 10 hari pertama bulan Zulhijjah dan lain2 tapi engkau belum diberi taufiq untuk memanfaatkannya?

Hukuman apa lagi yang lebih berat dari itu???

Engkau merasakan beratnya mengamalkan banyak ketaatan (amal ibadah)?

Tidakkah Allah menahan lidahmu untuk berzikir, beristighfar dan berdo’a kepadanya?

Tidakkah terkadang engkau merasakan bahawa engkau mengalah di hadapan nafsu?

Hukuman apa lagi yang lebih berat dari semua in???

Sedarkah engkau, amat mudah bagimu mengumpat, mengadu domba, berdusta, memandang rendah pada orang lain, memandang kepada yg haram?

Sedarkah engkau, bahwa Allah membuatmu lupa kepada Akhirat, lalu Allah menjadikan dunia sebagai perhatian terbesarmu?

Ini semua hanyalah beberapa bentuk hukuman Allah kepadamu, sedang engkau tidak menyedarinya…

Waspadalah wahai anakku kerana hukuman yang paling ringan dari Allah terhadap hambaNya ialah: Hukuman yang terasa pada harta, atau anak, atau kesihatan.

Sesungguhnya hukuman terberat adalah “Hukuman yang tidak terasa” iaitu pada kematian hati, lalu ia tidak merasakan nikmatnya ketaatan, dan tidak merasakan sakitnya dosa.

Wahai anakku, perbanyaklah di siang dan malammu, amalan taubat dan istighfar, semoga Allah menghidupkan hatimu…

(Mafhum terjemahan dari tausiyah Syaikh Abdullah Al-‘Aidan).

Apabila kita merasa tiada dosa, sebenarnya, kitalah orang yang paling berdosa.

Apabila kita merasa diri kita orang yang ikhlas bermakna kita belum lagi menjadi orang yang benar-benar ikhlas.

Apabila kita merasa diri kita sudah tawadhu bermakna kita masih takabbur.

Renung-renungkanlah, moga bermanfaat.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

sumber: Fatimah Syarha

Cerita Maahad Tahfiz

Innalillah, itulah perkataan yang selayaknya kita cakap, bukan apa, kemalangan dah berlaku, kematian dan ditakdirkan, banyak jiwa muda meninggal,  bukan di keramat, tapi malapetaka maahad tahfiz ni berlaku tak kira masa, kes kena pukul, kebakaran, boleh kata banyak kali berlaku. Kenapa benda ni terjadi ? Ia, hari ini hari Jumaat, jawapan segala fitnah nih, ada, dalam Al-Quran, lagi lagi surah akhir zaman, Al-Kahfi.  Jangan pakai pendapat aku nih, confirm sesat korang baca.

1. Dillaporkan dalam akhbar utama, akhbar utama, media viral, alternatif, wassap group keluarga, banyak yang meninggal, mati dalam kekejaman ni adalah budak bawah 12 tahun.

2. Dalam quran, ada ke Allah cerita pasal kematian budak-budak ? Ye , ada, dalam surah Al-kahfi, dalam bahagian dialog Musa dan Khidir.

3. Kalau kau baca, Khidir bunuh budak tuh, tapi Musa jenis kurang sabar, persoal kenapa Khidir bunuh budak tuh.

4. Khidir dah pesan awal awal, kalau ilmu tak cukup tinggi, kau akan hilang sabar.

5. Musa dapat jawapan kepada pembunuhan budak tuh, selepas tiga kali gagal bersabar dalam tindak tanduk khidir.

6. Akhirnya Musa diberikan jawapan, budak itu terpaksa dibunuh, kerana takut dia akan menderhaka kepada kedua ibu bapanya, takut dia buat hal bila dah besar.

7. Kalau kita baca Quran guna mata khidir, baca guna teknik bertanya, atau kita ada terfikir tak, kenapa anak tuh boleh jadi jahat ?

8. Biasakan, kalau anak jadi jahat secara sengaja ? ke kita salahkan pengaruh luar ?

9. Bukanke dalam hadith berkata, anak itu agamanya fitrah islam, ibu bapa yang menentukan samada dia yahudi,nasrani atau najusi ?

10. Jadi Khidir ini buat atas alasan apa ? Khidir ni bunuh guna akal dia je ke, atau Allah yang ilhamkan kepada Khidir ?

11. Jadi kalau fikir balik, kita nampak tak kaitan kisah ini dengan situasi sekarang ?

12. Bukan sekadar kebakaran, tapi juga kes pukul, kes rogol, kes cabul, semuanya jadi fitnah kepada maahad tahfiz.

13. Kenapa budak budak ni kena tinggal dalam asrama, sedangkan mak bapak yang patut didik mereka dengan kasih sayang ?

14. Kalau anak yatim takpa lagi, tapi ada juga anak orang kaya, kita ni sibuk cari harta ke, buat kerja mudah tinggalkan anak kita ?

15. Banyak lagi fitnah  yang berlaku, ada yang kata khianat, ada yang kata sistem pendawaian tak ikut standard, ada yang kata kutip derma tak ikut peraturan.

16. Ada juga yang kata budak-budak ini tiada masa depan, lagi kesian .

17. Ada yang kutuk juga, hafal saja quran, tapi tak faham, tak boleh tegur pihak berkuasa yang melakukan korupsi

18. Lagi sedih, peristiwa ini berlaku, selepas berlaku keputusan pelik pemimpin kita.

19. Apa yang berlaku, kita jawab Innalillah, tak cukup.

20. Kembali kepada Allah, bermakna, kembalilah kepada hukum yang Dia tentukan.

21. Kembalilah kepada Quran dan Sunnah.

22. Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri. (QS10:44)

23. Semua orang berganding bahu, pelbagai ilmu dan bidang, bersatu pada tali Allah,

24. Jadi kita tahu dah salah siapa sekarang ? tak perlu sebut dengan mulut, biarlah hati yang menghukum, sabarlah.

25. Baca yassin bagus, tapi hari Jumaat, bacalah alkahfi betul betul

26. Dajal itu membawa petanda akhir zaman.

27. Jadi Al-kahfi tuh juga adalah solusi masalah akhir zaman.

28. Aku cakap tak boleh pakai sebab ilmu terbatas.

29. Doakan maahad akan lebih maju

30. Sebab aku yakin, mereka akan mengubah nasib bangsa dan negara kita.

Jujur Dan Bijak

Alhamdulillah, baru je melepas satu tahun baru maal hijrah, ye memang tahun baru ni banyaklah azam baru aku nih, satu daripadanya nak setelkan hutang ni, ramai peminat dah call aku, aku pun kalau jawab pun sama je, memang tak boleh harap sungguh aku. Oh, macam mana nak hijrah nih, ok ni ayat intro. Ni semua orang tengah sibuk pasal gelaran palsu dan penipuan nih, adui, pening kepala , sebab aku pun pandai jugak menipu.

Tapi ada satu masa bila dengar tazkirah jumaat, orang kata, peringkat rasulullah terima wahyu pertama sampai dia meninggal tuh adalah waktu penting, kat situ bermulanya sunnah rasulullah. Tapi, satu pendapat best, kalau korang search video Nouman Ali Khan, yang banyak-banyak tuh ada satu video dia cerita sebelum kerasulan Muhammad, dia seorang yang assadiq dan al-amin

Muhammad seorang yang jujur, dalam berurus niaga. Dan memang dia seorang yang dipercayai, sampai dapat gelaran Al-Amin. Tapi dalam kejujuran tuh, ada lagi satu sifat pekerti beliau, lemah lembut dan bijak berbicara. Hoo, hebat tuh jujur dan bijak. Ye sebab dia jujur, tapi pandai cakap dan bijaksana, dia untung besar berniaga, lepas tuh partner pulak dengan Khadijah, lepas tuh kahwin, memang power business mereka. Semuanya kerana sifat jujur dan bijak nih. Kebijaksanaan dia lagi terbukti bila dia selesaikan masalah kabilah arab yang bergaduh nak letakkan balik batu hajar aswad di tempatnya.

Dua sifat nih, JUJUR dan BIJAK ni, saje saje ke Allah bagi kat Muhammad nih ? Hmm, cuba fikir sikit. Kalaulah dakwah ni jujur, terus direct je cakap. Weih, ko tak boleh buat macam nih, masuk neraka, perempuan kena pakai tudung, nanti ko akan kena hukum sebat. Hhahaha, kalau garang macam ni , memang tak jadilah dakwah tuh, jujur sangat sampai cakap pun ikut emosi. Tapi kalau bijak sangat pulak sampai tak jujur, jawabnya menipu pulak, tuh lagi tak boleh pakai. So nak tak nak, mesti JUJUR dan BIJAK. Barulah dakwah tuh sampai, mesej tuh sampai. Ingat tuh, khas untuk diri sendiri yang tak berapa nak jujur dan bijak nih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat