boxing club

Kenapa Pilih Nama Joe Labu ?

Salam sejahtera semua. Apa khabar ? Masuk bulan baru nih, kenalah semangat sikit. OKlah, untuk entry pertama bulan nih, eh sebelum tuh nak ucapkan selamat hari jadi kepada anakku Arreessa Zulaikha yang genap tujuh tahun masihi. Happy birthday. Oklah, nak tahu sangat ke nama Joe Labu nih ? Entahlah, sebenarnya nak ikut sangat cerita labu labi. Takpalah biarlah gua menceritakan sejarah watak P. Ramlee .

ROCKY LABU vs JOE LABI

Sebenarnya nama Joe Labu ini terilham dari pergaduhan Labu Labi dalam filem Nasib Labu Labi. Mereka kan fikir cara nak dapatkan Manisah anak Haji Bakhil. Last last diorang ajak bertinju dekat gelanggang boxing si sudin. Habis nama semua tukar, jadilah sorang Rocky Labu dan sorang lagi Joe Labi. Tapi jangan tak tahu pulak, nama mereka ni adalah satu nama penting dalam dunia tinju. Masa tuh memang kecoh jugak, Rocky Marciano lawan Joe Louis. Korang boleh baca era perlawanan hebat nih. Jadi, aku rasa P. Ramlee ambil ni sebagai satu lawak kelakar. Paling tak tahan, ada dialog boxing melayu, berlatarbelakangkan muzik silat. Jadi, aku sebenarnya nak pakai nama Joe Labi, jawabnya terbubuh Joe Labu dekat facebook.

boxing p ramlee

DOMAIN BLOG JOE LABU

Mula mula tuh dah melekat nama, sampai kengkawan shaklee, bro framestone semua dok panggil joe joe joe. OKlah jadi teruskanlah nama ni di facebook, walaupun ada satu ketika facebook cuba membantai penggunaan nama samaran. Jadi bila Sarah shaklee pun dah panggil Joey, layan jelah, termasuk Nadia BDM, oklah, gua pun rasa nak buat blog baru nih guna nama joe labu. Itu pun berterima kasih kepada isteri gua yang suruh cari nama domain yang kelakar. Oklah, kalau type nama joe labu tuh, punya bapak mahal . GoDaddy pulak ada offer RM 3.99 . Aku cuba letak nama Joe Labu dot com, sekali kau harga sampai 7 ribu. Tapi wife aku kata, cuba nama domain yang kelakar sikit. Hhaha, jadilah macam blog sekarang, Blog Joe Labu, alamat murah je. Tapi takpa, berbekal iltizam yang padu, blog ni akan lebih popular dari Fattah Amin.

SEJARAH NAMA

Kalau nak baca lagi sejarah nama yang aku pernah guna, yang melekat, banyak, boleh refer blog lama blogspot tuh. Nak ikutkan banyak, sebab kalau untuk aktiviti seni, gua pakai nama ninjaseni. Tuh lagi cool, kalau ikut budak budak suka panggil aku Uncle Mutu, mak ai, lagi power, semua domain tuh aku cek, masih murah lagi. Jawabnya, macam aku cakaplah, kita beli dan try gunakan server yang dah penat penat  aku beli mahal, tapi tak guna.  Ok itu sahajalah sejarah nama Joe Labu.

4 comments on “Kenapa Pilih Nama Joe Labu ?Add yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge