FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Kepentingan Belajar Akidah Melalui Sains

Kepentingan Belajar Akidah Melalui Sains

Ketika ustazah Dr.Sholihah mengatakan tugas kita hanya mencari kesempurnaan Allah melalui alam semesta ciptaan-Nya terus ku tersentap.

Teringat akan pengisian seminar Pengajaran Akidah melalui subjek Sains (PAKSI) yang ku sertai anjuran APIUM zaman belajar dahulu. Walaupun sebenarnya Dr.Arif Kosmo yang menyampaikan pengisian seminar membentangkan elemen tauhid dalam subjek Sains tapi beliau menekankan pentingnya semua guru yang mengajar pelbagai subjek alat seperti Sains, Geografi, Matematik, Bahasa, Seni dan seumpamanya membawakan elemen pendidikan akidah melalui subjek yang diajar. Kerna kesemua ilmu tersebut berasal daripada alQuran.

Ku sangat setuju terutama di kalangan sekolah sekular akibat kesan penjajahan yang berjaya menjadikan subjek agama sekadar matapelajaran dalam kelas bukan cara hidup & manhaj kehidupan. Tak perlu cari salah sesiapa tapi cukup muhasabah diri kerna ku juga produk sekolah sekular. Maka, apa & bagaimana peranan kita pula terhadap zuriat keturunan & anak bangsa akan datang?

Makanya itulah antara permulaan juga untuk ku jadikan Pengajaran & Pembelajaran Geografi selama 5 tahun yang ku diamanahkan dahulu sebagai ruang untuk menyuntik elemen Tauhid Rububiyyah dalam kelas. Tapi masa tu ku tiada banyak ilmu al-Quran atau data albab untuk bantu penyampaian. Malah sekadar mengajak pelajar perhatikan alam sebagai bukti adanya Allah dan kekuasaan-Nya sahaja.

Tidak pula ku tahu seperinci ini telah Allah bagitahu dalam alQuran. MashaAllah kelas Al-Aqsam malam kelmarin mengenai surah Al-Insyiqaq. Apabila Allah bersumpah satu persatu bermula Cahaya Merah pada waktu senja, malam dan apa yang diselubunginya, dan bulan apabila jadi purnama.

Ianya berkaitan objek alam yang menjadi penanda aras perubahan waktu, cuaca & iklim, aras ukur usia dan yang paling penting penentuan waktu masuk & tamat solat.

Jawapan Sumpah pula selepas Allah nyatakan objek alam sebagai sumpahan ialah “Sesungguhnya kamu melalui tingkat demi tingkat (dalam kehidupan)”. Yang menurut ustazah apabila Allah bersumpah dengan bukti kejadian siang malam itulah peringatan mengenai umur kita.

Perihal ini juga Allah suruh perhatikan mengenai kejadian panjang pendek bayang-bayang, sebagai bukti pergerakan matahari & putaran bumi pada paksinya. Kerna jika bumi tidak berputar maka tidaklah wujud perubahan bayang-bayang sebagaimana Allah sebut dalam surah al-Furqan 25: ayat 45.

Disinilah ada peranan pergerakan & putaran bumi yang bergerak pada garisannya dan matahari juga bergerak seiring dengan aturan Allah.

Bayangkan apabila alQuran telah pun mengungkapkan fenomena yang menyebabkan pertukaran malam Siang dalam 24 jam tetapi berbeza mengikut kedudukan negara.

Dari sini juga terungkapnya bagaimana perbezaan waktu setiap negara menjadikan berbeza juga waktu solat bergantung kepada kedudukan longitud di atas bumi. Longitud adalah garisan menegak dari titik tengah utara ke titik tengah selatan. Jarak satu longitud membawa kepada perbezaan 1 jam.

Maka, apakah perkaitan waktu dan usia manusia? Pastilah yang dituntut adalah membesarkan Allah dengan selayaknya dalam setiap waktu. Ketika melihat fenomena kebesaran Allah teringat Allah Maha Besar lalu sediakan hati yang sedar apabila masuk waktu solat segera solat membesarkan Allah.

Kedudukan Latitud yakni garisan melintang atas permukaan bumi pula menjadi penanda Aras kawasan Khatulistiwa, Sartan, Jadi, Hemisfera Utara & Hemisfera Selatan. Lalu perbezaan Latitud ini menjadi faktor jarak penerimaan cahaya matahari membentuk perbezaan cuaca & iklim,MashaAllah Tabarakallah!

Allah dah ungkap semua ini dengan sempurna dalam alQuran. Dalam surah Al-Insyiqaq Sumpah Allah mengenai Cahaya waktu senja bukan fenomena biasa tapi perisai bumi yang kukuh menurut buku “40 Sumpah Terdahsyat”.
Bagaimana bumi ini Allah lindung daripada segala gangguan dari luar angkasa seperti petir dan radiasi berbahaya dari matahari.

Malahan sinaran cahaya yang kelihatan seakan menari-nari atau namanya Aurora yang sering muncul di kawasan Hemisfera Utara & Hemisfera Selatan itulah juga As-Syafaq yang berperanan penting mempertahankan bumi melawan badai matahari. Kesan daripada Medan magnet bumi yang menghalang kemasukan partikel bebas di angkasa. MashaAllah Tabarakallah alQuran sangat lengkap Sains Astronomi mengungkapkan penemuan yang telah Allah beritakan perihal dalam alQuran.

Tak habis nak tulis kesemuanya. Kerna alQuran mengungkapkan mukjizat Allah Yang Maha Besar lagi Maha Perkasa. Benarlah kata ustazah ketika melihat fenomena alam tapi rasa biasa-biasa je sebenarnya hati kita belum difungsikan untuk mendengar, melihat dan berfikir. Namun memang tidak mampu terfikir tanpa mempelajari dahulu data albab (ilmu al-Quran).

Jazakumullahu khayra buat Dr. Sholihah Kaswari dan ustaz Abu Ilkiya Ashajj yang membawakan kami membedah perihal mukjizat alQuran yang selama ini kami abaikan.

#UmmuUwaisAzizah
#ibrahalAqsam
#SurahAlInsyiqaq
#DSK

kredit : Ummu Uwais Azizah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat