FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Kepentingan Membuat VLOG

Kepentingan Membuat VLOG

Kepentingan Membuat VLOG. Salam sejahtera semua, hari ini, saya bangun pagi, pakai baju angry bird, sebab masa tulis entry ni gua belum mandi lagi, hahah, kantoi. Apapun, dalam masa beberapa minggu lepas, kitorang sibuk dengan VLOG, nampak gayanya, penting ke VLOG ni, ada ke orang nak tengok ? Oklah saya pun dulu pernah buat video-video yang simple, ada yang bercerita, dan ada yang juga saya jamming je. Oklah jom kita tengok serba sedikit kepentingan VLOG ni.

V-Log -Video Blog

Hahaha, kalau kamu semua rajin baca wikipedia, hoo video blog, hahaha, senang kan, kalau korang semua macam malas nak tulis ayat berjela-jela. So cakap je, ambil video, pakai cun-cun, senang je kan. Tapi nak rekod pakai apa ? Sekarang ni banyak gadget skrg, ipad, tab, dan sebagainya, dah boleh rekod kualiti Full HD. Hahaha, jadi buatlah apa-apa cerita. Kiranya korang boleh buat yang simple-simple dulu, contohnya cara nak pakai tudung, nak buat presentation slide, dan sebagainya. Hooo, memang best. Saya dulu rajin rekod video jamming, masa saya buat show mesti nak rekod. Tapi dia tak jadi VLOG tu jadi video music. Kalau nak VLOG, korang boleh buat tutorial yang mudah-mudah. Yang paling senang ialah buatlah teknik mudah kira sifir macam saya buat dulu haha.

Kualiti VLOG – 4 tips mudah

Oklah, mostly korang tengok ada vlog yang suaranya tak berapa nak jelas, cahaya kurang, bergegar-gegar dan sebagainya. Jadi korang bolehlah ikut tips dari Master Kamarul MKB dekat bawah ni, memang bagus tips dia. Penting untuk menjadikan VLOG korang seperti video profesional macam Yusof Haslam. Hahaha, big daddy dan mommy Hadhatina dah buat macam Nona pun ada, dengan suara ayu ala-ala normalas fansuri pun ada. Oklah 4 tips mudah tu ialah ,

Pencahayaan -Lighting – Nak muka korang nampak cun melecun, mestilah ada cahaya yang cukup terang, so takdalah gelap sangat. Kang jadi video lain pulak nanti yang gelap ni. Jadi korang boleh pasang lampu terang-terang, ataupun buat video kat luar rumah, time cerah-cerah. Kalau nak pakai lampu minyak tanah pun boleh, jadi terang ok !!!

Microphone – ramai yang buat vlog, main rekod je, guna internal microphone dalam kamera DSLR macam kitorang buat. Tapi untuk sound yang bagus, gunalah microphone, korang akan rasa suara korang mudah diedit, kalau laki, suara macam Jamal Abdilah pun ada, barulah macho skt. Jadi microphone memang penting, ada yang boleh tapis bunyi-bunyian noise lagi, terutama yang buat recording atas bukit !!!

Tripod – guna tripod, jangan biar camera gegar, supaya tak nampak korang bergegar-gegar dan goyang . Ini penting, sebab banyak mempengaruhi korang punya penontong kalau banyak goyang. Ini bukan video harlem shake, ni VLOG korang, lagi lagi kalau korang ada benda nak demo, nak buat masakan dan sebagainya

Masa – masa untuk VLOG pun penting, supaya penonton tak bosan dengan ucapan ala-ala ahli politik yang panjang berjela-jela. Biar ianya padat dan penuh idea, supaya mereka boleh ingat semua point anda. Apapun, setiap topik, boleh dimudahkan, dan korang boleh fokus apa yang korang nak buat, dan cuba buat VLOG dalam masa 5 hingga 10 minit. Kalau dah 15 minit dah macam short filem pulak. Kalau satu jam, dah macam Filem Sembilu pulak !!!

VLOG, SEO, Pemasaran

Yang ni memang advance, korang boleh study bagaimana VLOG boleh menjadi kuasa SEO dan seterusnya membuatkan Sales korang meletup. Korang boleh tengok sendiri beberapa keyword, ada yang mulanya keluar tentunya satu tu ialah video. Apapun, banyak benda lagi korang boleh gabungkan BLOG+VLOG+FB untuk membuatkan business korang lebih masyuk !!! Oklah, sesiapa yang berminat, jomlah kita buat. Penat jugak tau, nak rekod scene 5 minit, ambil masa  50 minit, hoo. Adik aku pun, buat video klip 5 minit, ambil masa sehari juga nak buat video klip muzik yang bagus dan mantap. Oklah Selamat Berpuasa !!!!

BERJIMAT CERMAT DAN TAMBAH INCOME

Setelah aku melayan facebook, mencari jawapan, padahal melayan newsfeed yang tetiba ada cerita pasal pemegang phd belum tentu dapat kerja, ah ada persoalan yang bermiang miang di minda ku ini. Ada ke upline aku tanya, zaman sekarang relevan ke berjimat ? ke zaman sekarang ni nak tak nak kena tambah income. Macam mana nak jawab ? Pening pala aku , hahahaha.

1. BERJIMAT NI AMALAN SAMPAI AKHIR HAYAT

Kalau kau kata kita ni kena berjimat cermat, ye kena sangat. Sebab lawan kepada berjimat cermat tuh ialah MEMBAZIR. Macam aku cakap harituh, membazir tuh amalan syaitan. Jadi nak tak nak, kita follow alquran sebagai panduan, jangan membazir, hahhaha.

“Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” [Surah al-Israa : 27]

So belajarlah berjimat. Jadilah pembeli yang bijak. Pembeli yang bijak di sini bukanlah beli barang murah. Tapi beli barang yang berkualiti, hahahaha. So balik kepada pembaziran tuh, jawabnya kau kena belajar berjimat cermat, belajar jangan bazirkan makanan. Sebelum kau nak tambah income, nak saving, cuba kau detoks dulu amalan syaitan nih. Kalau budak budak lain cakap kena detoks baru boleh kurus, samalah macam income, kena detoks amalan pembaziran tuh, barulah boleh tambah income. Sama juga kau belajar ilmu, cahaya takkan melekat pada hati yang hitam, kena detoks dulu hati tuh. Ok clear tak soalan pertama ? jawapan aku, ye, sebab ni relevan sampai kiamat. Kalau kau jumpa orang kaya, kau mesti perasan diorang belajar berjimat dulu sebelum nak jadi kaya. Kalau tak jimat habis duit diorang tak terurus, dan habis tak jadi kaya sampai sudah.

2. REZEKI ALLAH LUAS, ALLAH MAHA PEMBERI,

Sekarang ni persoalan dia , adakah kau perlua cari income tambahan, kena ke tambah income, kena ke buat part time ? kena ke buat dua kerja dalam satu masa ? Cuba baca balik ayat ayat quran kat bawah nih:

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat).” [ Surah al-Jumu’ah, ayat 10 ]

“Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak……. ” [ Surah An Nisaa’ : ayat 100 ]

ayat ayat pasal rezeki ni kalau nak diikutkan banyak, dari rezeki yang halal dan haram, sehinggalah Allah memberikan rezeki kepada mereka yang bertakwa. Jadi kau baca balik kat situ, rezeki Allah sangat luas , jika kau berhijrah kerana Allah. Bila Allah kata rezeki Allah ni sangat luas, bertebaran lah kamu mencari kurnia Allah. Hahha, maksudnya kat sini, dah jadi panduan kat kita, untuk pergi tambah income, cari rezeki, kerja, hijrah, bukan untuk saja saja, tapi kerana Allah.

Satu contoh mudahlah, kau tak tahu ke sekarang ni, kos naik haji makin naik ? Kau tak nak ke cukupkan rukun islam ke 5 tuh ? Kalau duduk malaysia, boleh tengok sendiri kos pergi haji, bukan makin turun, malah makin naik adalah. Lagi best pulak, subsidi kerajaan makin berkurang. Hahhaa, jadi kalau kau rasa duit gaji tuh dah habis jimat, tapi masih tak cukup, tahu tak nak buat apa ? Jawabnya carilah extra income, Hhahaa, takda yang mustahil.

NAK TAMBAH INCOME ?

Dalam bab tambah income nih, kau boleh buat banyak kerja, tapi kalau berminda orang kaya, kau kena bina NETWORKS. Lagi satu ada orang kata diversify income, tapi buat itu sikit ini sikit, last last tak jadi jugak. Tapi nak bagus, FOCUS kepada income yang boleh bertambah, hahhaha, So kat sini, fokus kepada income yang berganda, walaupun satu sumber, daripada buat banyak banyak, tapi hasilnya tak banyak. Fikir fikirkan.

2 thoughts on “Kepentingan Membuat VLOG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat