Ketua Saintis Dunia

Mendengar Syarahan Ketua Saintis Dunia

Hok lepas aku solat jumaat kat masjid ar rahman UM, aku dah baca doa semua, terus je terdengar satu topik menarik, rupanya ketua saintis dunia sedang beraksi , berdakwah dengan matematiknya yang hebat. Sambil kat belakang, bebudak tah dari mana sibuk berpolitik, dan katanya diorang ditangkap polis. Oklah, aku sempat beli bukunya yang hanya fotostat dan dijual RM 5. Tapi ilmunya tinggi dan menarik. Aku cuba ceritakan di bawah intipati yang aku dapat semasa mendengar syarahan beliau.
kehebatan ketua saintis dunia
Ketua saintis dunia sedang berucap

Otak kanan Melayu Hebat

Inilah point, isi utama yang ingin di sampaikan oleh pakcik yang berkopiah dan berjubah hitam lagi segak rupe orang perak. Membuktikan bahawa otak kanan kita hebat, dia telah menunjukkan cara-cara mudah untuk mendapatkan jawapan, dan cara mudah untuk mengira sifir 8, dan 9. Contohnya
cara pengiraan 13×5=65. Kita dibelajar di sekolah dengan cara biasa kebawah dan hanya fokus kepada otak kiri sahaja. Walaubagaimanapun, cara mudah yang lain seperti ini
                  1) buat pengiraan 3×5                  13X5 = 15
                  2) buat tambahan 5+1 =6             13X5 = 65

Banyak lagi yang di ajar, cara guna otak kanan, antaranya susunan sifir 8, dan 12. Memang tertarik, sebab cuba juga cari kaitan sifir 7,dan akhirnya berjaya membuat satu gambaran yang menarik mengenai sifir ini.

Kenapa OTAK KANAN ?

Ianya satu persoalan, yang sebenarnya mendapat perhatian saintis dan penyelidik yang lama mengkaji kelebihan OTAK KANAN ini. 
  1. kanak-kanak di sekolah banyak diajar dengan teknik menghafal sifir  otak kiri
  2. kita diajar membuat keputusan dengan otak kiri.
  3. bill gates menulis dengan tangan kiri, yang biasanya  dikaitkan dengan otak kanan.
  4. Al-quran dibaca dari kanan ke kiri.
Banyak lagi sebenarnya yang boleh kita huraikan di sini. Yang penting, bila aku terfikir kan arreessa, aku rasa, kami perlukan pendekatan berbeza untuk mendidiknya. Apa yang kami belajar disekolah, perlukan lebih kreativiti dan keseronokan, hmmm banyak benda nak explore ni pasal otak kanan. Oklah, sampai sini sahaja dulu.

0 comments on “Ketua Saintis DuniaAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge