Khairy Jamaluddin Bodoh ?

Bila saje mendengar Khairy Jamaluddin di angkat pak najib sebagai menteri belia dan sukan, ramai terus bertumpu  kepadanya, dengan tiada pangkat datok, tan sri, dan anak kesayangan pak dollah, ianya menjadi cerita lebih menarik, ada yang kata, KJ bodoh dalam serba serbi. Hohoo, lulusan oxford takkan bodoh macam ni. Tapi misi paling utama khairy ialah membawa pasukan Malaysia ke piala dunia 2034. Apa yang mereka kutuk pasal Khairy Jamaluddin ni ? Jom baca lagi.
khairy jamaluddin, piala dunia, bola sepak
Khairy Jamaluddin Angan Angan Kosong Piala Dunia 2034 ?

Kisah My Team 

Kisah My Team, team rakyat Malaysia, pernah menjadi fenomena, ianya betul-betul menggugat FAM ketika itu. Dengan berbekalkan duit dari otai Jason Lo, dan juga pakar bolasepak Shebby Sigh  dan Bojan Hodak, akhirnya mereka mencari seluruh pemain amatur di pelusuk Malaysia untuk membentuk satu pasukan yang boleh menandingi pasukan negara suatu hari nanti. Ingatkah anda, pada masa perlawanan akhir siri pertama Myteam dekat tv3, ianya menunjukkan, siapa yang sokong myteam pakai baju biru, siapa yang sokong team-malaysia pakai baju kuning. Boleh dikatakan, perlawanan itu menjemput ramai yang hadir ke stadium, memakai baju biru untuk team rakyat Malaysia. Ianya  menjadi satu ancaman, dan menunjukkan KEBENCIAN rakyat Malaysia terhadap FAM, yang nyata, sampai sekarang gagal membangunkan sukan nombor satu rakyat Malaysia !!!

Menamatkan Khidmat Pemain Import 

Khairy sering dikutuk, kerana menjadi penghalang kepada orang luar negara, nak cari makan kat Malaysia. Atas alasan yang munasabah, semasa berkhidmat menjadi timbalan presiden FAM, dia telah menyuarakan pendapat, pemain kita boleh pergi lebih jauh tanpa pemain import. Hooo, walaupun pemain import menguatkan pasukan masing-masing, tapi jangan lupa, prestasi Malaysia, yang berjaya memenangi Piala AFF Suzuki 2010, dan tahun itu, kita tidak ada PEMAIN IMPORT dalam liga kita. Aku dapat lihat di sini, banyak player berbakat yang menonjol, seperti di selangor sahaja, watak-watak penting seperti Syafiq Rahim, Amirul Hadi, Razman , berjaya membawa selangor memenangi 2 liga super, dan tak juga menjadi penyumbang kepada kemenangan piala AFF pada tahun 2010. Walaupun kita akan kehilangan populariti, tapi aku rasa, tanpa pemain import pun, semangat berpasukan dapat menewaskan keegoan mata wang tinggi pemain import, yang banyaknya tidak menjadi, dan ditamatkan kontrak serta-merta !!!

Sejarah Artikel 88 

Aku sempat membaca satu status  di facebook sana, mengatakan Artikel 88 yang ganas ini, muncul setelah Khairy Jamaluddin dengan medianya, mengutuk FAM, mengkritik FAM, yang gagal membangunkan sukan bola sepak negara. Tindakan FAM dengan menggunakan artikel 88 ni banyak membunuh bakat-bakat kepimpina bolasepak kita, antaranya ialah presiden KAFA, TSAM yang ternyata berjaya membawa kelantan, dari status liga FAM kepada wakil pasukan Malaysia untuk piala AFC 2013. Selain itu, Khairy menuduh FAM kurang dana  dan gagal mendapatkan tajaan untuk Liga Bola Sepak tanah air. Ianya memang betul, kita kurang peminat,stadium kita tak terjaga, pasukan negeri masih lagi perlukan sogokan wang dari FAM dan sebagainya..

Piala Dunia 2034

Sekali lagi menantu pak dolah berjaya menarik perhatian peminat bola sepak Malaysia, dengan cuba melancakar bidaan untuk Piala Dunia 2034. Nampaknya KJ betul betul nak Malaysia main piala dunia, walaupun dengan cara pintu belakang. hahaha, tapi bagi aku ianya satu langkah bijak, walaupun nampak ianya seperti bermain tipu. Reduan Abdulullah pulak mengkritik menteri sukan tersebut, dengan menyatakan, kita perlu layak secara merit. Tapi aku rasa, kekadang reduan abdulullah pulak tak perlu lah jadi pengulas astro arena, cakap pun tak lancar, tak sedap pulak tu, tak banyak buat kajian. Apapun, aku cuba  nak mengulas bagaimana bidaan piala dunia 2034 boleh membuatkan Malaysia dapat bermain dalam piala dunia satu hari nanti. 

Kementerian Belia dan Sukan Barisan Nasional ?

Satu lagi kenyataan yang bersifat profesional plus nak sindir YB BN yang lain ialah dia sendiri menyatakan, kementerian ini kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Oleh itu KJ berharap dapat mengumpulkan semua pemuda-pemuda dari seluruh Malaysia, dan jugak katanya nak ajak parti pembangkang sekali untuk sama-sama memajukan Sukan di Malaysia, khususnya bola sepak Malaysia yang makin lama makin teruk. Apapun , aku tak rasa pemuda pakatan rakyat akan berminat, kerana aku rasa mereka semua tidak dapat menerima kekalahan PR dalam PRU 13 lalu. Aku  juga tak pernah nampak satupun manifesto untuk memajukan Sukan di Malaysia, khasnya bola sepak kita yang macam liga kampung dusun. Apa yang aku nampak, kerjasama KJ, dengan Astro Arena, dan juga bloggers bola sepak seperti lucius Maximus dapat menyediakan jawapan dan rangka kerja untuk menaikkan lagi prestasi bola sepak negara. Ianya bagi aku tak mustahil jika kita menghormati KJ sebagai menteri belia sukan yang baru, dan bukannya dengan POLITIK 24JAM di facebook.

Harapan Rakyat Malaysia

Aku cuma berharap, semua pihak, berhenti seketika bermain sentimen politik dan kekuasaan, dan juga penipuan SPR. Kita perlu bekerjasama, memartabatkan sukan Malaysia di mata dunia. Apa lagi yang perlu kita buat, taknah kah kita melihat pingat emas olimpik di bawa balik ke Malaysia ? TAknakkah ke kita lihat Malaysia layak ke Piala Dunia ? TAknahkah kita melihat anak Malaysia mewakili kelab eropah seperti Manchester United, Liverpool, Bayern Munich, Barcelona ? Semuanya harapan terletak di bahu KJ. Ianya perlukan sokongan, selain Kepimpinan Ikhlas Khairy sendiri untuk memajukan sukan di Malaysia.

4 comments on “Khairy Jamaluddin Bodoh ?Add yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge