Khasiat Jagung

Hooo balik kampung, joo balik kampung, hooo balik kampung, Tanam JAGUNG . Buat apa nak tanam jagung bro ? Hoo, tanam jagunglah bagus, jagung ni banyak khasiatnya. Ini adalah hasil study aku tentang jagung.
- Nama orang putih nya ‘corn’ atau ‘maize’ ni terkenal dan agak popular di Amerika dan Afrika
- Jagung ialah sumber kalori untuk metabolisma badan.
- Sangat kaya dengan vitamin A, B, E dan mineral
- Mempunyai kandungan fiber yang tinggi yang dapat menghalang penyakit seperti sembelit, haemorrhoids dan kanser usus.
- Mempunya anti oksidan sebagai agen anti kanser dan mencegah Alzheimer.
- Jagung juga mengandungi ‘phytochemicals’ yang melindungi badan kita dari penyakit kronik
- Kandungan kalori dalam jagung sebanyak 342cal/gram, antara yang tertinggi dalam kelas bijirin.
- Secawan jagung membekalkan 18.4 % keperluan fiber harian manusia.
- Jagung kaya dengan sumber vitamin B iaitu Thiamin dan Niacin.
- Sumber penting asid pantothenic yang penting untuk metabolisma kaborhidrat, protein dan lemak dalam badan.
- Sumber asid folik di mana kekurangan asid folik menyebabkan bayi yang lahir kurang berat dan boleh menyebabkan ‘neural tube defect at birth’.
- Jagung kuning kaya dengan beta kerotena yang membentuk vitamin A, yang bagus untuk penglihatan dan penting untuk kulit yang sihat.
- Mempunyai sumber fosforus yang banyak selain magnesium, zink, iron dan copper.
- Mengandungi mineral surih seperti selenium
- Sumber fosfurus dalam jagung penting untuk tumbesaran, kesihatan tulang dan fungsi buah pinggang
- Kandungan magnesium dalam jagung juga penting untuk kesihatan jantung dan kekuatan tulang
- Jagung yang mengandungi vitamin E, adalah anti oksidan yang membantu melawan tumor dalam kanser payu dara dan kanser hati
- Vitamin B dalam jagung pula boleh mencegah anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat
- Minyak jagung dikatakan mampu mengurangkan kolestrol jahat LDL
- Biji jagung dikatakan mampu merendahkan paras gula dalam darah. Selain itu, ia sangat efektif melawan tekanan darah tinggi dengan adanya ‘phenolic phytochemicals’
- Tepung jagung boleh menjadi alternatif kepada ‘carcinogenic petroleum’ , salah satu bahan penting dalam industri kosmetik.
info yang bagus dan berguna untuk saya
sama sama