FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Khilaf Jadi Mudarat

Apa yang dirisaukan bila ada yang menyokong penuh sah solat Jumaat di luar pagar atas nama khilafiah, tidak mustahil selepas ini ada yang solat berjemaah dari rumah sahaja dan perpindahan imam dari rukun ke rukun perpandukan mikrofon tanpa perlu ke masjid. Sebelum ini saya dapati ramai jemaah umrah solat berjemaah dari hotel sebab alasan ada ustaz tu kata mazhab Maliki yang kata sah. Tapi tang yang luput pahala jemaah tak nak pula di’highlight’kan, maknanya solat jemaah sah tapi tak de pahala jemaah, baik tak payah.

Ada seorang hamba Allah kemalangan teruk patah kaki bertanya pada saya boleh tak solat jamak untuk orang cedera teruk macam ni atas alasan keringanan. Saya jawab dalam mazhab Syafiie tak boleh solat jamak sebab sakit, tapi pendapat peribadi Imam Nawawi mengharuskan bagi mereka yang ditimpa sakit “Mubih al-Tayammum”(sakit teruk). Hasilnya, sampai sekarang individu tu bila sakit skit pun terus dijamakkan solat… aduhai, rosak agama dibuatnya. Demi Allah, saya sangat² menyesal ajar dia.

Dulu saya pernah dengar laporan, di luar sana ada segelintir yang beronani di siang Ramadan atas alasan perbuatan itu tidak membatalkan puasa dengan alasan khilafiah. Saya juga dengar aduan seorang jemaah masjid bahawa ada seorang warga pencen dah mula main badminton pakai seluar pendek juga atas alasan khilafiah.

Pernah kecoh di IPTA sebelum isu sugardaddy, ada seorang pensyarah menggalakkan para pelajarnya “nikah khitbah” sebab nak halalkan dating dan seumpamanya, kalau nikah berwali bapa tak pe lah juga, tapi perempuan itu yang nikahkan dirinya sendiri tanpa wali. Ini semua diamalkan atas dasar khilafiah.

Bila kita cakap jangan mudah sangat dedahkan isu² khilaf pada masyarakat, habis kita dituduh taksub mazhab dan tidak berlapang dada. Kita sendiri tak setuju sikap taksub mazhab malah kita juga guna pendekatan khilaf untuk selesaikan sebahagian masalah umat di negara ini. Tapi kita amat tak bersetuju khilaf dipamerkan tanpa had dan dobit(piawaian) yang tertentu. Dalam masa yang sama perlu jaga uruf dan mazhab setempat.

Beginilah kalau setiap perkara disebarkan tanpa kawalan yang sepatutnya. Ini semua hendak menjaga kemaslahatan umat agar tidak dihanyut dengan ikutan hawa nafsu yang tidak bersempadan. Ntah lah, bila kita cakap macam ni, dituduhnya bila tangan hiris luka keluar darah tertulis mazhab Syafi’ie, jumud dan tak berlapang dada.

Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat