FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Kisah Sebenar Batman

“Batman”

Ternyata watak Batman adalah dari kisah kehidupan yang nyata. Namanya adalah Bill Smith yang berasal dari England berhijrah ke New York pada 1870.

Mr. Smith memiliki sebuah kedai, setelah dia diserang beberapa kali oleh penjenayah namun pihak polis tidak melakukan apa apa tindakan kemudian dia mengabdikan diri untuk mengejar penyamun dan perompak pada waktu malam.

Dia bertemu seorang pemuda bernama Robin sebagai penolongnya yang membantu dalam membenteras penjenayah yang berpotensi melakukan jenayah terhadap masyarakat disitu.

Catatan perbandaran menunjukkan bahawa Mr. Smith pertama kali didakwa pada tahun 1878 kerana menangkap dan memukul pencuri dengan brutal sehingga pencuri itu keluar dari kedai dengan keadaan patah kaki. Pada ketika itu Mr. Smith berusia 43 tahun, dia bernasib baik kerana hakim menyebelahinya lalu hakim membebaskannya dari sebarang kesalahan.

Beberapa tahun kemudian Mr. Smith mencipta topeng dan memakai topeng itu untuk menyembunyikan identitinya yang sebenar agar dapat menghindari dari sebarang pertuduhan jenayah terhadapnya.

Dia menjadi sangat terkenal malah polis pun turut menghormatinya sehinggakan di kejiranan New York dia dianggap sebagai hero penjaga malam.

Mr. Smith meninggal pada tahun 1896; Penulis Novel mengambil kisahnya dan mencipta watak Batman dari lelaki ini yang kisahnya terdapat dalam ‘buku harian’ yang ditulis oleh pembantunya iaitu Robin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat