Kisah Tawakal Penjual Dadih

Kisah Tawakal Penjual Dadih

“Tuan maaf ya, saya terpaksa batalkan tempahan dadih, emak saya dimasukkan ke ICU. Kami sedang bersiap hendak balik kampung. Deposit tu saya halalkan.”

Bila mendapat mesej seperti ini, saya terpaksa menahan rasa kecewa yang teramat sangat.

Bayangkan, pelanggan telah membuat pesanan sebanyak 200 cawan untuk majlis hari jadi anaknya. Dan dibatalkan.

Kepada siapa saya hendak menjual dadih itu?
Kemana saya hendak bawa dadih itu?

Termenung lama menatap skrin selfon. Membaca mesej itu berkali-kali.

Hanya mampu beristighfar.

Lidah tidak berhenti melafazkan – LA HAULA WALA QUWA TA ILLA …

Dan saya serahkan urusan itu kembali kepada NYA – Inna lillah hiwaina ilai hirojiun …

YA ALLAH aku tidak ada daya.

ENGKAU yang mengatur – aku redha.

Pada mulanya saya terfikir untuk membalas mesej itu dengan ayat, “Puan, saya sudah buat 200 cawan dan sekarang saya tidak tahu ke mana hendak jual, yang pasti saya akan rugi.”

Berkali-kali saya membuat pertimbangan.

Tiba-tiba saya disedarkan oleh diri sendiri,
“Feroz, engkau tahu tak ini semua perancangan ALLAH? Sudah lupa? DIA mahu memberikan yang terbaik untuk hambaNYA.’

Kata-kata itu menyentuh kalbu saya.

Akhirnya saya menaip, “Puan, tidak mengapa. Saya doakan bonda puan diberikan kesembuhan dan urusan puan dipermudahkan oleh NYA. Dan saya doakan perjalanan puan sekeluarga selamat pergi dan balik.”

Pelanggan hanya membaca tetapi tidak membalas. Saya faham beliau mungkin terpaksa bergegas dan kelam-kabut.

Teringat dalam satu kuliah, seorang ustaz berkata, sebenarnya pembatalan transaksi adalah satu bentuk ‘penghapusan dosa.’

Dimana Nabi Muhammad (selawat), penah bersabda:

مَنْ أَقَالَ مُسْلِمًا أَقَالَ اللهُ عَثْرَتَهُ يَوْمَ القِيَامَةِ

“Barangsiapa yang menerima pembatalan transaksi yang diminta oleh seorang muslim maka Allah akan memaafkan kesalahan-kesalahannya pada hari kiamat nanti”. [(HR Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, dan Baihaqi dari Abu Hurairah. Hadis ini dinilai sahih oleh As-Sakhawi dalam Al-Maqashid Al-Hasanah, no. 465; oleh Al-Albani dalam Al-Irwa’, no. 1333 dan dalam Silsilah Shahihah, no. 2614; dan oleh Muqbil Al-Wadi’i dalam Shahih Musnad, no. 1373).

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ أَقَالَ مُسْلِمًا أَقَالَهُ اللَّهُ عَثْرَتَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Siapa yang menerima pengembalian barang dari seorang muslim, maka Allah akan mengampuni kesalahannya di hari kiamat”. (HR. Ahmad 7431, Ibnu Hibban 5030 dan dishahihkan Syuaib al-Arnauth)
.
MasyaAllah indahnya syariat Islam, semuanya diatur dengan adil, tidak ada yang sia-sia. Benda yang nampak sedih dan mengecewakan tapi Allah balas dengan kebaikan yang lain.

Hakikatnya, kita bersabar dengan ujian dari NYA.
Hakikatnya, kita tabah dengan urusan sesama manusia.

Semuanya DIA yang Maha Bijaksana Mengatur.

Bayangkan di padang mahsyar kelak. Detik paling menggerunkan kepada seluruh umat manusia.

Tiba detik kita sedang diadili dengan seadil-adilnya. Tiba-tiba ALLAH menghapuskan dosa kita asbab dari kesabaran kita menerima ujian dari NYA di dunia, dengan PEMBATALAN TRANSAKSI BISNES dan kita redha dengan ujian itu.

Ya, tidak ada satu apa pun yang berlaku atas muka bumi ini tanpa sebab dan tidak ada pahala dan dosa.

Peti sejuk dibuka. Saya melihat deretan cawan dadih dengan tenang.

Saidina Ali pernah ditanya oleh seorang sahabat, Bagaimana untuk kita tahu yang mana satu ujian dan yang mana satu musibah?

Lalu Sayyidina Ali menjawab, “Ujian itu adalah apabila datang, kamu akan semakin mendekatkan diri dengan NYA, musibah pula, apabila datang, kamu akan semakin menjauh dari NYA.”

YA ALLAH, ampunilah dosaku.

Petang itu, seseorang menghubungi saya. “Tuan Feroz, saya adalah sahabat kepada puan (yang membatalkan pesanan). Nak tanya, dadih ada lagi tak? saya ada majlis pertunangan anak saudara, orang yang sepatutnya hantar coklat telah kemalangan … “

Allahu.. Sekelip mata Allah ganti lepas berserah kepadaNya urusan dadih ni.

Teringat kepada mesej yang saya kirimkan kepada pelanggan. Tidak perlu marah-marah

. Hanya doakan saja.

Dan hubungan kami terus berkekalan dalam harmoni.

Hablum minALLAH.
Hablum minannas.

ALLAHU AKBAR.

Status ini saya tujukan kepada semua sahabat yang menjalankan bisnes.

Dan peringatan kepada diri sendiri.


Credit to
Abang Long.
Penjual DADIH yang menulis.

😊😊😊

*Orang meniaga mmg wajib miliki sifat tawakal PALING TINGGI, yakin stiap apa yang berlaku ada hikmahnya, InshaAllah sama2 kita ya*

#copypaste

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat