FAIZ SAAID

Blog Orang Selangor

Kisah Tentang Aurat

Kisah Tentang Aurat

Harini saya nak bagi satu kisah tentang aurat.

Kebanyakan orang selalunya memandang remeh je pasal aurat ni. Semua mesti dah tahu kan aurat kita sesama mahram dan bukan mahram?
Saya harap antumna semua dapat ambil iktibar dari kisah yang saya sampaikan ini.

Pada suatu hari, sepasang pengantin telah selamat diijab kabulkan. Sebelum berkahwin si lelaki tidak pernah melihat wajah si perempuan. Dan apabila selesai diijab kabulkan si lelaki amat tidak menyangka bahawa dia mendapat isteri yang cantik akan rupa. Bertudung labuh, berstokin dan yg pasti menutup aurat. Sepanjang hidup dalam kehidupan berumah tangga mereka sangat bahagia. Si isteri sangat taat kepada si suami.

Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya. Si isteri tidak dapat bertahan lama dan Allah SWT mengambil kembali si isteri ke sisi Nya. Kalau korang mesti sedihkan? Kahwin tak sampai beberapa tahun dah isteri meninggal.

Tapi si suami ni sangat redha dengan pemergian si isteri. Yang hidup pasti akan kembali ke sisi Nya.
Suatu malam si suami bermimpi akan si isteri sedang menangis dan berada dalam lautan berapi yang sangat dahsyat. Si isteri meminta si suami menolongnya tetapi apabila si suami ingin menolong pasti dia akn terjaga dari mimpi.

Begitu juga hari hari yang seterusnya. Setiap kali si suami ingin menolong si isteri pasti dia akan terjaga.
Si suami tekad untuk menyelidik. “Kenapa dengan isteri aku?” “Apa dosa dia?” “Dia seorang yang baik malah taat kepadaku.”

Pelbagai persoalan yg bermain diminda si suami. Akhirnya dia dapat tahu apa kesalahan si isterinya di muka bumi ini. Rupa rupanya si isteri ini mengabaikan auratnya dipergelangan tangan.
Takut tak? Bayangkan seorang perempuan yg menutup aurat, taat kepada suami masih mendapat hukuman yg dahsyat hanya kerana tidak menjaga pergelangan tangannya sahaja.
MasyaAllah

Kawan kawan..

Tentang aurat ini jangan dipandang remeh. Tidak kira lelaki mahupun perempuan. Sebolehnya kita jaga aurat kita kerana apabila aurat kita terjaga akan timbul perasaan malu.
Semoga dapat mengambil iktibar dari kisah di atas.

-teamdakwah-

Leave a Reply

Open chat