Kuasa Visualisasi

Salam sejahtera semua, saya dah masuk cabaran hari ke 10, semua orang cerita tentang vision board. Hooo, kenapa nih ? vision board ni apa benda ye ? Hooo oklah, seperti yang dijanjikan, hari ini saya sebagai penulis tersohor blog saya sendiri akan bercerita dengan anda kuasa visualisasi, ohh ada kena mengena dengan vision board ke ?
kuasa visualisasi
cerita lama nih

Kenapa Kena Ada Matlamat/GOAL/Target ?

Hooo, nampak tak, setiap perkara yang kita buat, mestilah ada matlamat, jangka pendek, panjang, jangkahayat, atau jangka lukis. Jadi budak UPSR pun tahu matlamat nak score berapa A, itulah dipanggil set target, goal kita, suatu tanda prestasi yang hendak kita kejar. Hooo, oklah, nampak tak matlamat tu penting. Sebab dalam kajian yang ditunjukkan oleh MKB haritu dalam group rahsia, orang yang kurang cemerlang dalam sesuatu perkara adalah disebabkan matlamat mereka kabur, tak menentu dan tak tahu hala tuju. Jadi penting di sana untuk tekankan matlamat, dan lebih penting tahu cara nak capai matlamat tuh.

Kuasa Visualisasi 

Walaubagaimanapun, nak kata tak power matlamat tuh, tak boleh simpan gambar dalam komputer, takda feel. Kena visualisasi, mesti melalui suatu vision board, yang jelas, kalau nak lagi power, print dan tampal. Dulu masa gila honda civic, memang tampal dan setiap hari, yang satu hari nanti dapatlah enjoy racing dengan honda civic. Hehehe, memang puas hati, oklah, lepas ni kena print ok ? itulah kuasa tarikan , yang ramai kecoh diluar sebagai LUA, law of universal attraction, si ateh zuhairi punya kerja nih.
vision board shaklee

vision board target

Tahu Tak Cerita Anak Penoreh Getah Melancong Satu Dunia ?

Hahahha, oklah sebelum ni pun, aku ada cerita juga tentang kuasa visualisasi, ianya mesti jelas nampak, walaupun rasanya macam mustahil, tapi yakin, Allah mendengar setiap doa kita, apa yang kita hajatkan, apa yang kita fikirkan, tinggal kita  je nak usaha atau tidak, kita lari fokus atau stay pada fokus dan matlamat. Hahhaha oklah, dah macam pakar rotibasi pulak !!!

8 comments on “Kuasa VisualisasiAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge