FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

KUMPULAN CERPEN 10+1 BADRUL BAMBI

KUMPULAN CERPEN 10+1 BADRUL BAMBI

July 21, 2009 at 5:45 PM
‘’Raihani boleh menjadi cerpenis wanita yang berjaya dan berbeza dari penulis wanita yang lain jika dia meninggalkan cerita masak-memasak dan jahit-menjahit…’’
-Hizairi Othman, MPR 1998.

‘’Raihani Mohd. Saaid membuktikan bahawa pelbagai kemungkinan boleh dibawa masuk ke dalam teks prosa naratif untuk menyuntik kesegaran sensitiviti dan kreativiti mereka…’’
-Prof.Madya Dr.Lim Swee Tin-

‘’Cerpen Ideal Cinta Melayu secara tersirat merakam pergolakan politik tanah air suatu ketika dahulu. Sekurang-kurangnya masih ada cerpen yang merakamkan detik ini, daripada ia dibiarkan berlalu…’’
-Ali Majod, Utusan Zaman 1 Oktober 2000.

Jika rakan-rakan sekelian mahukan cerpen-cerpen dari seorang penulis wanita yang tidak menulis hal kahwin cerai, cinta tiga segi, masak-memasak atau jahit-menjahit…

Jika rakan-rakan sekelian mahukan cerpen yang merakam pergolakan politik sama ada di tanah air mahupun di tanah seberang…

Jika rakan-rakan sekelian mahukan cerpen-cerpen tentang dunia seni persembahan dari seorang graduan/pengamal seni persembahan…

Maka, kumpulan cerpen 10 campur 1 bertajuk Badrul Bambi ini wajib anda miliki. Di dalamnya mengandungi 10 buah cerpen yang pernah diterbitkan di beberapa penerbitan mapan dan juga diiktiraf dalam beberapa siri sayembara sastera peringkat kebangsaan. Tetapi ada juga sebuah cerpen bonus iaitu Badrul Bambi II yang digarap khas untuk pembaca yang mula mengenali saya melalui cerpen Badrul Bambi sekitar tahun 1997 dahulu. Cerpen Badrul Bambi II belum pernah disiarkan di mana-mana penerbitan dan ekskusif untuk kumpulan ini sahaja.

Penerbit: Rumah Buku Rania.

Jumlah keseluruhan muka surat : 184

Kumpulan cerpen Badrul Bambi boleh didapati dengan harga RM20 (termasuk kos pengeposan).Boleh dipesan dengan menghantar emel kepada badrulbambi@hotmail.com.

Sudi-sudikan!

cover depan Badrul Bambi, gambar oleh Fariz Ramlee, rekabentuk dan rekaletak oleh Sinaganaga.Kata pengantar oleh Prof.Madya Dr.Lim Swee Tin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat