Kurt Cobain Pengaruh Abam Joe Main Gitar

Kurt Cobain Pengaruh Abam Joe Main Gitar

Masa darjah 5 , abah dah lama beli gitar , masa itu juga ada juga tengok geng geng lepak main gitar kapuk. Time tuh ada yang hebat main gitar, memang sedap gile main lagu another you. Tapi paling terkesan ialah masa zaman Nirvana Unplugged In New York. Semua lagu dalam konsert nih sangat terkesan di jiwa

Mula mula lagu about a girl, come as you are, poly, dan lagu lake of fire cover dari band mid puppets, dan lagu paling legend ialah cover dari David bowie the man who sold the world. Wow zaman ini memang beli gitar kapuk dan hari hari nak follow gitar petikan kurt cobain ini. Hahhaa zama itu beli tape vhs, layan gile bawak pergi rumah member pasang, ganas sangat dah bajet cool masa tuh.

Zaman berubah dan berubah, jiwa seni abam joe dah lebih kepada rock bluues thrash eh, sebenarnya dah lama tak tiup blues harp, bajet pun main ukelele anak je, hahaha. Tapi bila terbaca pasal fakta di atas, baru tahu kurt cobain bukanlah kidal, tapi dia yang pilih untuk bermain lefthanded. wow, ini memang genius level 6.

Apapun hidup ialah pilihan, nak jadi rock star ke, nak jadi stress ke, nak jadi familyman ke, nak jual shaklee ke, fikirlah masak masak. Sebab semua manusia dijadikan untuk menjadi khalifah dunia ini. Jika seni itu boleh memakmurkan dunia, boleh mengubah insan, teruskan seni tuh. Tapi kalau rasa seni tuh membunuh jiwa luka, baik tinggalkan. uhuk ,

sekarang ni, kita goreng ukelele depan anak jelah, hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge