Leader Atomy Bermula Dengan Sedikit Orang

Leader Atomy Bermula Dengan Sedikit Orang

Hari ini anda membicarakan tentang leader yang mendapat income puluhan ribu sebulan. Persoalannya, adakah anda tahu bagaimana dia bermula? Bagaimana mereka ini telah korbankan masa, tenaga dan perasaan mengharungi bisnes Atomy ini? Pelbagai tohmahan dan kecaman telah mereka semua lalui dengan tenang.

Mereka semua bermula dengan beberapa orang sahaja sama seperti anda juga. Tapi mereka tabah. Mereka cekal. Mereka tidak peduli apa kata orang. Mereka tidak mengalah. Seorang menolak, ribuan lagi yang nak. Mereka bertindak pantas mencari mereka yang nak ini. Mereka bergerak dan bertindak bersama-sama dalam satu jemaah.

Awal-awal lagi saya telah pesan. Bisnes Atomy ini tidak mudah dan tidak pula susah. Ia bisnes yang berbaloi.

Kita baru ada kaki kanan berpuluh orang yang tidak bergerak, lalu kita kecewa. Bukan mahu cari cara. Kita lupa, mungkin mereka semua itu tidak cukup faham dan tidak dibimbing dengan baik. Jika telah dibimbing, mungkin mereka itu bukan orang yang nak buat. Jadi cari sahaja yang lain. Allah tidak pernah menzalimi hambanya yang berusaha.

Pokoknya, jangan mengalah. Kita bukan nak berbisnes sehari dua. Kita nak berbisnes hingga 3 generasi. Kelak nanti jika di hari tua, hari bersara, kita dapat RM10k sebulan secara pasif, ok tak? Semuanya sebab susah payah kita hari ini.

Nak berjaya kena percaya. Kena nampak kejayaan besar sebelum kejayaan itu diperolehi. Barulah berhasil.

#kayaberjemaahitubarokah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat