Lemang Sedap Area Shah Alam ?

Nak cerita pasal raya dulu dan raya sekarang nih, alamak banyak gilelah, kalau cerita memang best. Banyak banyak baca yang abg mut cerita pasal perjalanan balik kampung tuh sangat bermakna, buat yang pernah balik ikut jalan lama, memang sangat memori. Sekarang ni semua orang nak raya atas lebuh raya.
lemang sedap

Lemang Kuala Kangsar

Tapi hari ini biarlah abg joe cerita pasal lemang nih. Raya dulu dulu kami selalu balik kampung abah kat Kuala Kangsar, Perak. Mesti balik punya sebelum raya, dan masa tuh paling special, semua orang sibuk siapkan ketupat, dan paling cool masak lemang lah. hahhaha, yang bestnya lagi, aku tolong makan je. Masak lemak kat kampung ni, ada feel kekampungan.

Lemang Shah Alam

Tapi sekarangni, lepas opah dah takda, abah sangat jarang balik raya. Boleh kata sekarang ni anak anak balik shah alam. Hhaha, feel balik shah alam, satu sekyen pulak tuh, layan jelah. Tapi nak jadikan raya bermakna, sehari sebelum raya, kena cari lemang. Lemang ni pulak sekarang trend, cari je kat tepi jalan sekitar shah alam, memang ada. Sebab sekarang orang kampung kat seskyen seksyen. Hhahaha.
Nak best, lepas beli lemang, kita buat macam bakar, khas untuk bergambar, hahahha.

0 comments on “Lemang Sedap Area Shah Alam ?Add yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge