FAIZ SAAID

Blog Orang Selangor

lepak dengan Aizat dan Manlok

lepak dengan Aizat dan Manlok

December 7, 2008 at 8:56 AM
Saya baru je balik dari Bali, badan masih terasa kesengalan dan keletihan. Pada hari jumaat, 5/12/2008, saya pergi solat jumaat di Masjid Shah Alam. Dah lama tak p sini, sebab selalunya, ikut abah p solat kat seksyen 7. Habis je solat, terjumpa pulak en Aizat Jamlus, pergh macho gile mamat ni skrg. Dengan tiada arah tuju, gua pun p lepak ngan aizat kat rumahnya. Biasalah cuma time tu, banyak cerita pasal member member sekolah. Pastu lak en Aizat suruh saya buka account Facebook. Hmm sebenarnya dah ada, tapi tak aktif je.

Petang tu pulak, lepak ngan manlok. Minum petang di Azira, berborak borak. Lepas tu ajak manlok, jamming akustik. Tanpa membuang masa, saya terus mencadangkan kod gitar yang sesuai untuk jamming. Sessi jamming direkod, dengan satu lagu tercipta, bertajuk “Kawan sekolah”. Ayat ni hasil nukilan en aizat kita. Memang menggamit memori indah. Yang pastinya zaman sekolah menengah semasa kelas STE tak dapat dilupakan. Jadi kepada adik adik semua, jangan ponteng sekolah. Setiap saat di sekolah amat berharga, bukan hanya dari pelajaran. Banyak benda lain yang seronok, jamming, pendidikan jasmani, membuat bising, gotong royong, dikantoi beramai ramai dengan cikgu disiplin . AAAAH bestlah.

Leave a Reply

Open chat