FAIZ SAAID

Blog Orang Selangor

Lepak ngan Akeem redemption 2

Lepak ngan Akeem redemption 2

November 2, 2008 at 8:23 PM

Kalini, datang lepak lagi kat kat kedai akeem redemption, perg memang lama siut, tapi puas hati dapat siapkan satu lagu, “jumpa abang reggae”

Saya hantar kasut kat tmn u, sebab dah koyak rabak kasut tu. Jadi saya ambil bas 5B nak p plaza seni. Sampai sana je, pergi terus plaza seni, dan jumpa ngan akeem redemption. Nasib baik time akeem belum makan, pastu kitorang bungkus nasi kat plaza kotaraya. Lepak makan kat kedai akeem memang layan, macam macam orang ada kat kedai dia.

Masa lepas makan tu, gua pun amek gitar, tetiba terdapat idea buat lagu, pastu terus je menyanyikan lagu tu dalam hati, sambil mencari kod yang best. pastu gua p solat jap.

Masa gua balik dari solat zohor, gua jamming ngan kibodis wastedroom, pergh lagu diorang layan. korang baca rottw bulan ni, ada cite pasal wastedroom.

Sambil menulis lirik lirik yang terlintas, sambil tu jamming blues ngan akeem redemption, perg layan layan. Pastu gua pun menyanyikan lagu ciptaan gua,”jumpa abang reggae”, yang memang merujuk pada akeem. Layan siut, sambil pakcik cina kedai depan pun slumber je, bagi pinjam gitar.

Pastu gua pun sempat jamming lagu “penyapu dan makcik gerai”. Masa tu, geng redemption yang lain pun ada, hohoho. Pastu jumpa lak budak dari senai dan pontian, lepak lepak ngan dia.

Jam kul 6, gua kena balik, dan sebelum balik tu, sempat angkat beg baru, yang muat untuk taruk harmonica holder.

Sekian saja cerita , redemption akan perform 9/11 ni, sila sila datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat