Level Syurga Ikut Bacaan Quran Kita

Level Syurga Ikut Bacaan Quran Kita

Hampir setiap hari saya akan terserempak dengan beliau. Sentiasa memegang dan membaca al-Quran.

Masha-Allah kagum.

Saya mula menyapanya,

“Subhanallah. Boleh aku tahu sehari kau membaca al-Quran berapa juzuk?”

Dia tersenyum dan menutup al-Quran nya.

“Sehari aku akan habiskan 5 juzuk. Aku akan berikan masa untuk aku habiskan bacaan aku walaupun hari itu aku terlalu sibuk..”

Saya terdiam. Masha-Allah.

“Masha-Allah hebatnya kau. Kau hafaz al-Quran?”

“Tak. Aku hafaz sikit saja. Aku tak hafaz 30 juzuk tapi cita-cita aku nak masuk syurga tertinggi disebabkan syafaat al-Quran. Kau nak tahu nikmat syurga yang Allah dah kurniakan didunia?”

Saya mula bersemangat bila bercerita tentang al-Quran.

“Nak. Apa dia?”

Dia tersenyum gelak melihat gelagat saya.

“Antara nikmat syurga yang dah ada didunia adalah al-Quran. Membaca al-Quran itu antara nikmat syurga yang Allah kurniakan tetapi manusia sia-siakan nikmat itu.”

Saya diam. Beliau kembali menyambung ceritanya.

“Kita akan masuk syurga mengikut berapa banyak kita hafaz dan baca al-Quran. Semakin banyak kita baca dan hafaz, semakin tinggilah syurga yang kita akan peroleh.”

Begitulah,
Siapa yang muliakan al-Quran, mereka akan perolehi al-Quran.

Antara nikmat syurga adalah membaca al-Quran. Berapa ramai antara kita boleh kosisten membaca al-Quran setiap masa?

Moga kita peroleh syurga tertinggi dengan syafaat al-Quran.

Kredit: Iwana Aisyah Ab Halim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat