Macam Mana Ebit Lew Jana Income 700k Sehari ?

Macam Mana Ebit Lew Jana Income 700k Sehari ?

Semalam tengok video ustaz ebit lew buat sharing dengan Neelofa,

Neelofa tanya apa rahsia dan amalan ustaz jana income 700k sehari?

Rahsianya adalah Ustaz Ebit Lew suka MEMBERI HADIAH kepada orang,

Tak hanya orang susah, kadang2 siapa pon yang beliau jumpa beliau akan hulur hadiah.

Jangan sebut sedekah, sebut sedekah orang rasa macam dia susah pulak.

Sebut nak bagi hadiah, asbab nak bagi orang gembira. Sebut hadiah mesti orang happy

InsyaAllah kita bahagiakan perasaan orang, Allah akan limpahkan lagi rezeki.

Ustaz cerita sejal kecik dia memang ada satu sifat suka bagi orang benda, sifat tu dah jadi darah daging.

Dulu masa kecik, suatu hari ustaz ada dapat sehelai jubah, dan dia hadiahkan dekat kawan beliau, sedangkan jubah tu je yang beliau ada.

Yang magicnya, lepas beliau beri hadiah pada orang lain, beliau di datangi seorang lelaki pakistan dan hadiahkan sehelai jubah.

Dan begitulah seterusnya, asal dia dapat jubah je dia akan beri pada sahabat2nya,

Dan ustaz dengan sifatnya suka memberi dan dia hadiahkan pulak dekat orang lain, sampai mak membebel “kamu bagi semua dekat orang, sedangkan kamu pon tak ada apa2”

MasyaAllah

Yang paling terkesan, ustaz ebit lew share beliau dapat gaji masa mula2 keje dulu, around rm800 dan beliau beri semua pada mak untuk belanja. Dalam poket beliau 0

Dan beliau sanggup tido dekat Masjid
Duit nak makan pon tak ada. Asal dapat bagi mak duit belanja.

Time tu beliau doa “ya Allah aku lapar, aku teringin nak makan macam dorang tu”

Dan beliau bangun nak ke toilet,
Tiba2 tengok dalam poket ada rm2, rupanya ada insan lain letak rm2 dalam poket masa dia tido.

Happy tak terkata dapat beli makanan dengan rm2 tu.

Dan sampai la sekarang rezeki ustaz ebit lew mencurah2 seperti mana air zam- zam yang bertebaran di seluruh pelusuk dunia

Kisah ni betol2 menyentuh hati aya.
So Inspired!

Nak menjadi asbab kebahagiaan orang lain jugak

kredit : aya zuki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat