Macam Mana Nak Dapat Like Banyak Dekat Facebook ?

Oklah, sekarang ni bila kita nak buat banyak LIKE kat facebook,macam macam cara dan coding dan yang paling power tentu sekali  kalau kita ni pandai guna macam macam skill supaya orang dapat like facebook kita, tak kiralah status ataupun fan page. OKlah, sebenarnya pun gua dah share benda ni dekat post post sebelum ni. Tapi macam biasalah, gua nak update jugaklah apa yang berlaku sekarang ni dah berbeza. Macam-macam rules yang diketatkan oleh abang Zukerberg, nak kita guna dia punya FB Ads !!!
like banyak facebook

FB Page Kena Delete

Alhamdulillah, aku sempat ke JOM hebat, sempat juga berjumpa en Hirman yang power SEO, dan juga bekas student UTM. Wife dia pulak perasan aku masa aku buat master, kawan Dr Rozaimi Ghazali. Oklah, banyak juga aku berbincang dengannya. Paling hebat sekali ialah dia cerita bagaimana Facebook banyak delete page yang melanggar etika LIKE dengan menggunakan application yang tidak disukai Facebook. So maknanya, dulu aku sempat jugaklah buat LIKE banyak, tapi  sekarang ni Facebook dah kesan benda ni, dia taknak orang diperdaya dengan penggunaan application.

FB Ads

Macam biasalah, kalau tak guna FB Ads, macam mana facebook nak cari makan. Paling geram sekali, abang Marc dengan selamba rasanya telah menaikkan rate untuk Fb Ads yang dulu katanya murah. Memang pun, orang yang pandai buat duit dengan FB Ads adalah orang yang memang power buat sales. Tapi yang paling gile kentang sekali tentu ialah orang yang pandai mengajar FB Ads, paling gile pun sifu Jamal yang makin hari makin popular, katanya dah boleh beli rumah baru dengan DVD Fb Ads.

Relevan lagi ke Addmefast ?

Gua still guna lagi FB Ads, dan paling dasyat ialah gua tengok, ramai dah pandai guna FB Ads ni, diorang tak naikkan bilangan LIKE Fan Page, tapi diorang banyakkan like kat satu satu gambar, maknanya kat situ, satu gambar produk akan jadi lebih viral dengan gambar tersebut. So aku rasa cara ni dapat membuatkan gambar itu akan cepat viral dengan sendirinya . Hoo memang bijak. Tapi sebenarnya nak kena ada skil juga lah buat addmefast ni. Aku baru je belajar cara auto guna imacros. Oklah jugak. Tapi kalau dah kaya sangat, why not beli je point kat addmefast ni , hehehe.

Jadilah Personaliti yang Baik

Bagi aku, cara paling nature dan paling lama ialah, jadilah personaliti yang baik. Bukan aku suruh jadi artis pun, tapi korang sharelah benda benda yang baik. Dan tentu sekali cara ni susah. Nak jadi artis bukanlah senang. Tapi bagi aku, kalau korang semua mantapkan diri korang, tentu  sekali ramai je akan LIKE, lagi lagi korang keluar TV dan sebagainya., So kat sini, nak dapat LIKE cara ni memang sukar, tapi kalau korang sanggup untuk berusaha menjadi LEBIH BAIK, memang ini cara yang tak berbayar, tapi MAHAL kepada USAHA korang !!!

4 comments on “Macam Mana Nak Dapat Like Banyak Dekat Facebook ?Add yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge