Macam Mana Nak Jadi Instafamous ?

Macam Mana Nak Jadi Instafamous ?

[ MACAM MANA NAK JADI INSTAFAMES ]

Ade org DM kakyine tanya “kak mcm mana nk jd “instafames/influencer? Kena cantik ke?

Honestly saya bukanlah orang yang layak untuk menjawab soalan ni sebab saya pun newbie lagi dalam bidang ni tapi pada pendapat saya cantik tu subjective sangat. Kenapa awak rasa awak tak cantik?

Semua makhluk yang Allah cipta cantik dan tiada cacat celanya.Cantik itu subjective.Mungkin saya cantik di mata si A dan biasa-biasa di mata si B. Jadi bagi saya kita kena nampak presentable dan ada bakat.saya x ada pengalaman bercakap di depan camera tp bila saya nekad dalam hati “im doing this for my carreer,my family n for my client,saya nak client saya rasa berbaloi hired dan bayar saya.

Kalau saya ni kaya saya xbuat banyak job dalam satu masa..orang yang buat job dalam satu masa atau multitasking ni adalah orang yang sedang struggle dalam kehidupan.saya xde pilihan jadi bila xde pilihan kita akan all out dan cungkil segala bakat yang kita ada.

Setiap apa yang kita buat pasti akan menjadi buah mulut orang ramai nak nak kita yang masih makan gaji ni.”Puan shazrin kan bz jd instafames, perli2 dalam meeting” saya hanya senyum dan diam.diam itu jihad melawan amarah dan melawan untuk tidak menyakiti hati orang lain.diam sebab saya tau jawapan Allah lebih efficient kepada mereka berbanding jawapan saya.kalau saya jawab takut menjadi perbalahan dan masam muka.saya nak bekerja dalam keadaan harmoni supaya emosi saya tak terganggu.

Anggap mulut2 tu sebagai cabaran untuk kita JALAN TERUS.nak berjaya mana boleh xde cabaran. Itu baru cabaran kecil,banyak lagi cabaran mendatang.

Instafames ni SELF BRANDING dimana orang follow kita kerana dia minat mungkin penampilan kita,kerjaya kita,bakat kita..Jadi fikir bakat apa yang kita ada dan gunalah social media as a flatform untuk kita cari rezeki. Guna dengan baik, fokus dan jang tersasar. Saya juga pernah tersasar dulu 😅 tapi normal la kita manusia. Tapi kena cepat2 sedar dan fokus semula.

Oklah..sedikit perkongsian untuk korang yang sedang struggle seperti saya di musim COVID19 ni.semoga bermanfaat untuk semua especially ibu-ibu tunggal diluar sana..saya tau korang kuat dan pasti boleh.kalau rasa nak rebah cari sumber kekuatan iaitu FAMILY kita yang sentiasa akan sokong kita dibelakang..family come first tau!!

#kakyine #kakyinestory #kakyinesharing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat