Mael Totey The Movie

Mael Totey The Movie

Mael Totey The Movie. Lps sminggu lebih tayangan baru buleh tgk. Tu pun tgk ikut talipun, dgr pakai earpun.

1. MTTM ni adalah sebuah naskhah dakwah ringan lepong yg bergenre komedi. Sesuai ditonton seisi keluarga. Tiada pendedahan aurat dan tadok adegan pegang peluk cium laki puan. Tazkirah secara dok langsung ttg trend upacara ‘bbatal air smayg’. Pendedahan berkenaan malas kerja dan gila judi. Byk jugok ayat² ‘dip’ yg dipersembahkan. Lawak dalam ni segar, tidak meniru.

2. Elemen lakonan dan interaksi yg ‘hamble’ antara 4 watak OKU dgn pengarahnya sebagaimana drama pendek dlm YT masih dikekalkan. Lakonan Yoe Parey pula makin win. Kau takkan bosan tonton muvi ni andai fhm apa yg MTTM mahu sampaikan. Dan kena igt, muvi ini dihasilkan demi follower mereka di YT. Mereka yg folo YT mereka tentu tidak akan keluarkan ayat kecaman yg bajek pro.

3. Kalu ada yg kata muvi ni mempergunakan golongan OKU, ya! Pengarah gunakan the real OKU utk mengangkat martabat mereka dgn pelbagai babak ‘kita lain, mereka sama’. Malah, pengarah sendiri memainkan watak utama sbg pemuda lurus bendul serupa sodip.

4. Jgn dibandingkan muvi ini dgn muvi² pengarah besar seperti Syamsul atau fadernya Yusuf Haslam yg dh level ketua polis negara di layar perak. Syahmi Sazli Production hanyalah seorg marhaen yutuber viral. Ok lah kalau muvi pertamanya ini mampu meraih 4j dalam masa 8 hari hanya dari tayangan di tv Astro!

5. Tahniah buat Tim MTTM! Moga kan lahir lagi muvi² bertema segar, mudah dihadam, dan paling penting, PATUH SYARIAH dari penggiat muvi tanah air. Dan mudah-mudahan Syahmi makin mantap, dok hanyut dgn karenah semasa. Buat apo pun Mi, keno letok Tuhan depé sokmo. Selamat majujayo.

Walaupun gunakan hp kokak, tp bukan muvi pirate tu deh, itu adalah langganan melalui aplikasi Astro Go. Mugo rumoh kawe takdok piring Astro 😁. Salam dari Ganung Kite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat